Isnin, 22 April 2013

YOP LAN SERAH MEMORANDUM KEPADA SPR

SUNGAI SIPUT : Calun Pakatan Dewan Undangan Negeri N21 Lintang Ir. Haji Ahmad Mazlan Othman (Yop Lan) diiringi Haji Zakaria Alang Ibrahim sebagai Wakil Calun menyerahkan memorandum kepada pihak Suruhanjaya Pilihanraya di Pejabat Daerah Sungai Siput jam 10 pagi ini berikutan penggunaan secara berleluasa premis awam seperti Dewan Orang Ramai oleh pihak UMNO/BN sebagai Bilik Gerakan Jentera Pilihanraya mereka.

Sejumlah 8 Dewan Orang Ramai dalam DUN
Lintang telah dikenalpasti digunakan oleh pihak UMNO/BN, walaupun ianya menyalahi peraturan. Penggunaan premis awam seperti Dewan Orang Ramai memang sudah menjadi tradisi UMNO/BN sejak dahulu lagi tanpa sebarang sekatan. Mereka seolah-olah menjadikan premis berkenaan sebagai hak milik mereka, sepatutnya boleh digunakan oleh masyarakat setempat sebagai alternatif pelbagai urusan.

UMNO/BN harus sedar bahawa Dewan Orang Ramai adalah untuk kemudahan rakyat
bukannya untuk kemudahan kelompok tertentu sahaja tanpa memikirkan keperluan dan kemudahan awam.Amalan sebegini hendaklah dihentikan serta merta bagi mengelakkan tanggapan nagetif rakyat jelata terhadap UMNO/BN.