Sabtu, 20 April 2013

PERTANDINGAN SATU LAWAN SATU DI DUN LINTANG

SUNGAI SIPUT : Ir. Haji Ahmad Mazlan Othman (Yop Lan) dari PAS disahkan bertanding mewakili Pakatan Rakyat bagi kerusi Dewan Undangan Negeri Lintang (N21) pada pilihan raya umum 5 Mei ini menghadapi pertandingan satu lawan satu ditentang Datuk Zolkafly Haji Haron mewakili Barisan Nasional (BN).

Ir. Haji Ahmad Mazlan Othman (Yop Lan) seorang Jurutera Perunding Profesional adalah merupakan calun yang berwibawa, berkelulusan tinggi dan berpengalaman luas dalam berbagai-bagai bidang termasuk pengurusan dan pentadbiran. Pemilihan beliau sebagai calun mendapat sokongan padu dari parti-parti komponen Pakatan Rakyat. 


Bagi kerusi Dewan Rakyat (Parlimen)), Pakatan Rakyat diwakili oleh Dr. Jeyakumar atas tiket PKR disahkan sebagai calun Parlimen Sungai Siput mempertahankan kerusi yang dimenangi beliau pada pilihanraya 2008 menewaskan Datuk Seri Samy Velu dari Barisan Nasional (BN) menghadapi pertandingan tiga penjuru antara Barisan Nasional diwakili Datuk K. Devamany dan calun Bebas S.P. Nagalingam dari Parti Kita.

Dewan Undangan Negeri Jalong juga bakal menyaksikan persaingan sengit tiga penjuru diantara calun Barisan Nasional Liew Yew Aw, calun DAP Loh Sze Yee dan S. Kalimuthu bertanding atas calun bebas menggunakan lambang "bunga raya". 


Dalam pada itu, Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) bertindak menolak pencalonan calon Bebas S.P Nagalingam bagi kerusi Dewan Undangan Negeri Lintang (DUN) kerana pencadang beliau P.Muniandy bukan pengundi di kawasan terbabit.