Selasa, 5 Mac 2013

TERJAH DUN LINTANG BERSAMA CALUN DAN PIMPINAN PAS NEGERI PERAK



SUNGAI SIPUT : Pesuruhjaya  PAS Negeri Perak  AF Ustaz Abu Bakar Hussin, Timbalan-Timbalan Pesuruhjaya YB.Dato’ Seri Nizar Jamaluddin dan AF Ustaz Misbahul Munir Masduki diiringi pimpinan-pimpinan PAS Kawasan Sungai Siput dan calun Pakatan Rakyat DUN Lintang Ir. Haji Ahmad Mazlan Othman berkampung di DUN Lintang dilokasi yang berasingan . Program  yang telah diatur di Unit-Unit Peti Undi terpilih dalam DUN Lintang ialah “Terjah UPU” di Kampung Temin, Trosor dan “Khidmat Masyarakat” antara lain pemeriksaan darah dan gunting rambut percuma di Pekan Karai dekat sini.
Pimpinan turun padang bersama calun menyantuni pengunjung  memberikan suntikan baru kepada masyarakat setempat, dimana mereka dapat berkenalan dan mengenali pimpinan negeri dan calun dengan lebih dekat. Sambutan masyarakat setempat berbilang kaum amat  memberangsangkan, rata-rata mereka kelihatan ceria dan mesra berbual bersama pemimpin.
Mengikut tinjauan kami secara rambang , mereka yang ditemui menyatakan  amat berpuas hati dengan calun yang diketengahkan oleh Pakatan Rakyat dari PAS Ir.Ahmad Mazlan Othman yang lebih sinonim dengan panggilan “Yop Lan ”seorang ahli profesional sebagai Jurutera Perunding.  Selain itu beliau juga mempunyai latar belakang Agama yang baik dan berwibawa.
Ini memberi  isyarat jelas kepada UMNO/BN  bahawa Pakatan Rakyat menjadi pilihan dan tidak boleh menganggapnya  sebagai sebuah parti yang kerdil seperti dahulu. Justeru itu, Pakatan Rakyat memang selayaknya mengantikan UMNO/BN dalam pilihanraya ke-13 nanti.