PASUKAN BOLASEPAK "LINTANG UNITED" MENCUNGKIL BAKAT PEMAIN TEMPATAN BERBAKAT
SUNGAI SIPUT : Pasukan bolasepak "Lintang United" yang dibentuk oleh Ir. Haji Ahmad Mazlan Othman (Yop Lan) sebulan yang
lalu telah menemui sekurang-kurangnya 5 orang pemain tempatan yang
berbakat semasa sesi pemilihan yang berlangsung di padang bolasepak
Kampung Periang petang tadi.Ini diikuti dengan perlawanan persahabatan
diantara "Pilihan Periang" dengan "Lintang United", berkesudahan dengan
kemenangan berpihak kepada "Pilihan Periang" dengan jaringan 3-1 . Gol
bagi Pasukan "Pilihan Periang" dijaringkan oleh Mohd Syawal diminit ke
28 ,36 dan Tajul Ariffin Talib minit ke 58 diikuti jaringan tunggal oleh
Kamaruzaman Rosli pada minit ke 30 oleh pemain "Lintang United".

Menurut Pengurus
Pasukan "Lintang United" Ir. Haji Ahmad Mazlan Othman, sesi pemilihan
berikutnya akan diadakan di Mini Stadium FELDA Lasah diikuti
tempat-tempat lain yang akan di umumkan kelak.Dengan adanya pemilihan
pemain tempatan seperti ini, impian dan harapan beliau untuk membentuk
satu pasukan bolasepak yang benar-benar bertenaga ,mantap dan disegani
dirantau ini akan menjadi kenyataan disatu hari nanti.
Selain itu,
beliau berhasrat untuk mendaftarkan pasukan "Lintang United" menyertai
liga bolasepak daerah apabila pasukan dibawah kelolaannya memenuhi semua
kreteria yang diperlukan apabila tiba masanya kelak.