
PAS KAWASAN SUNGAI SIPUT, PERAK SUNGAI SIPUT, 17 April : Tuan Haji Zakaria bin Alang Ibrahim mengekalkan jawatan sebagai Setiausaha PAS Kawasan Sungai Siput, Perak apabila dilantik semula bagi sesi 2011/2013 dengan persetujuan sebulat suara dalam Mesyuarat Jawatankuasa Pertama Pas Kawasan yang berlangsung pada 16 April, 2011 baru-baru ini. Beliau adalah calun yang paling layak dan telah teruji kebolehan dan kewibawaannya . Bagi sesi yang lalu beliau telah banyak membantu PAS Kawasan Sungai Siput mengurus dan mengemaskini sistem pentadbiran PAS peringkat kawasan. Secara langsung dan tidak langsung beliau telah berjaya melonjakkan imej PAS Kawasan Sungai Siput. Syabas dan tahniah diucapkan kepada Tuan Haji Zakaria Alang Ibrahim semoga beliau terus berusaha meletakkan PAS Kawasan Sungai Siput kesatu tahap lagi setanding dengan kawasan-kawasan lain yang telah lama menempa kejayaan.
Dalam masa yang sama 3 orang Penolong Setiausaha iaitu Sdr.Mohtar bin Din, Sdr. Mohd Sirajuddin bin Ali dan Haji Ahmad Mazlan bin Othman telah dilantik bagi membantu beliau mengurus tadbir PAS Kawasan dengan harapan agar dapat meringankan bebanan tugas yang terpaksa ditanggung oleh beliau.
Dalam perkembangan lain, semasa Mesyuarat Agung Tahunan kali ke-43 PAS Kawasan Sungai Siput yang telah berlangsung pada 4 April ,2011 baru-baru ini dibangunan Markaz Tarbiyyah PAS Kawasan Sungai Siput, Salak Stesen turut mengekal jawatan tanpa bertanding ialah Sdr. Adam bin Ngah Naim sebagai Yang Dipertua PAS ,Sdr. Mohd Rosni bin Abu Bakar sebagai Timbalan Yang Dipertua ,Sdr. Ahmad Puat bin Abdul Ghani sebagai Naib Yang Dipertua dan Sdr. Mohd Fadzil bin Abdul Rahman sebagai Ketua Urusan Ulama' PAS Kawasan Sungai Siput. Selain itu, seramai 36 orang dari seluruh cawangan dalam Kawasan Sungai Siput telah dicalunkan dalam pemilihan kali ini. Mereka yang telah terpilih adalah seperti berikut; · Sdr. Ahmad Najib bin Muhammad · Sdr. Hairai bin Mat Ibrahim · Sdr. Nordin bin Mat Yazid · Sdr. Ustaz Zulkifli bin Ahmad · Sdr. Haji Mahyuddin bin Umar · Sdr. Abdul Talib bin Sabrol · Sdr. Mohd Rosli bin Zainal Abidin · Sdr. Haji Hassan bin Shariff · Sdr. Roslan bin Mohd Noor · Cik Ain Zubedah binti Ahmad Tajuddin · Sdr. Ustaz Tarmizi bin Daud · Sdr. Yunus bin Ismail Jawatan Pengerusi Tetap dan Timbalan Pengerusi Tetap juga telah dipertandingkan dimenangi oleh Sdr. Mohd Noor bin Salleh sebagai Pengerusi Tetap dan Timbalan Pengerusi Tetap jatuh kepada Tuan Haji Mohamad Hashim bin Salim. " Dua orang pemeriksa kira-kira juga dimenangi oleh Tuan Haji Syed Jamaluddin bin Syed Abu Hassan dan Sdr. Kunji Mohd bin Mydin.
Turut dilantik semula bagi sesi 2011/2013 ialah Sdr. Ahmad Puat bin Abd Ghani sebagai Pengarah Jabatan Pilihanraya PAS Kawasan Sungai Siput. Atas komitmen yang begitu tinggi terhadap tugas yang dipertanggungjawabkan selaku Pengarah JPPK Sungai Siput, sememanglah wajar beliau dilantik semula bagi sesi 2011/2013 semoga kesinambungan kerja-kerja yang telah dihasilkan sebelum ini dapat diteruskan dengan jayanya. Syabas dan tahniah diucapkan kepada Sdr. Ahmad Puat .
Mesyuarat Agung PAS Kawasan Sungai Siput kali ke-43 telah dirasmikan oleh AF Ustaz Haji Mustafa bin Shaari selaku Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak. Suasana mesyuarat telah berjalan dengan lancar dan baik bermula jam 8.30 pagi dan berakhir jam 4.00 petang dihari yang sama.