
KEPUTUSAN 5 DUN SARAWAK YANG DITANDINGI OLEH PAS
Pada pilihan raya negeri kali ini BN memenangi 55 kerusi daripada 71 kerusi yang dipertandingkan. Ini juga adalah penggal kelapan Taib yang juga pengerusi BN Sarawak memegang tampuk pemerintahan negeri sejak dilantik sebagai Ketua Menteri Sarawak pada Mac 1981. Pada pilihan raya negeri 2006, Taib telah mengangkat sumpah jawatan sehari selepas BN memenangi 62 daripada 71 kerusi dalam pilihan raya itu. Keputusan muktamad kedudukan kerusi yang dimenangi oleh parti yang bertanding pada pilihan raya negeri Sarawak ke-10, tahun 2011 adalah seperti berikut: Jumlah Kerusi Yang Dipertandingkan - 71 Barisan Nasional - 55 DAP - 12 PKR - 3 Bebas - 1 PAS - 0 SNAP - 0 Parti Cinta Malaysia – 0
Sehingga kini, keputusan yang diperolehi adalah Beting Maro (PAS 2578 BN 3014), Sadong Jaya (PAS 1072 BN 3949), Sebuyau (PAS 841 BN 2387), Muara Tuang (PAS 728 BN 2389) dan Tanjong Datu (PAS 655 BN 2940).