Memaparkan catatan dengan label SUMBER BERNAMA. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label SUMBER BERNAMA. Papar semua catatan

Isnin, 16 Mei 2011



ISRAEL SERANG KAPAL BANTUAN TAJAAN YAYASAN MALAYSIA
Sebuah kapal misi bantuan kemanusiaan yang ditaja Malaysia untuk rakyat Palestin di Gaza dihalang dua bot tentera laut Israel yang melepaskan tembakan amaran di perairan berhampiran Rafah awal pagi Isnin waktu Malaysia.
Kesemua 12 penumpang dan krew, termasuk dua wartawan dari Malaysia, selamat selepas tentera laut Mesir datang membantu dan mengiringi kapal 'MV Finch' ke pelabuhan Al Arish di Mesir, menurut wartawan Bernama Mohd Faizal Hassan yang berada di atas kapal itu.
Faizal berkata tentera Israel mengelilingi kapal misi bantuan itu dan mengarahkannya supaya berpatah balik sebelum melepaskan tembakan amaran ke udara, kira-kira tiga batu nautikal berhampiran sempadan Rafah.
Faizal menceritakan detik cemas itu ketika menghubungi bilik berita Bernama di Kuala Lumpur melalui panggilan dan sistem pesanan ringkas menggunakan telefon bimbit dari kapal tersebut beberapa jam selepas kejadian tersebut.
Katanya kejadian berlaku kira-kira pukul 6.05 pagi waktu tempatan (kira-kira 1.05 pagi waktu Malaysia) apabila kapal yang ditaja Yayasan Keamanan Global Perdana Malaysia (PGPF) dihampiri dua bot tentera laut Israel yang datang dengan laju serta mengelilingi kapal 'MV Finch' selama setengah jam sebelum melepaskan empat das tembakan ke udara menggunakan mesingan.
Katanya satu daripada das tembakan itu hampir mengenai krew kapal rakyat Malaysia, Mohd Jaffery Ariffin, menyebabkan semua di atas kapal menjadi cemas dan menyelamatkan diri dengan bersembunyi di bahagian kapal.
"Sambil mengelilingi kapal mereka meminta kami memberhentikan kapal dan mengarahkan kami berpatah balik ke perairan Mesir. Kami dapat menghubungi tentera Mesir melalui radio untuk mendapatkan bantuan. Sebuah kapal tentera Mesir datang dan bot tentera Israel kemudian beredar dari kawasan tersebut," kata Faizal.
Daripada 12 orang dalam kapal itu, tujuh adalah rakyat Malaysia manakala yang lain ialah warga asing iaitu dua krew warga India dan tiga aktivis kemanusiaan iaitu Derek Graham dan Jenny Graham dari Ireland dan Julie Levesque dari Kanada.
Faizal berkata tentera Israel menyalahi undang-undang antarabangsa kerana melepaskan tembakan kepada orang awam yang tidak bersenjata.
"Tentera laut Israel menggunakan peluru jenis point 50mm anti air craft," katanya.
Faizal berkata wartawan The New Straits Times Alang Bendahara sempat merakam video tindakan kejam Israel itu terhadap mereka.
Menurut Faizal lagi, selepas tentera Israel melepaskan tembakan pertama, Kapten Jalil Mansor dari kapal misi memberitahu tentera Israel melalui radio bahawa: "Ini adalah menyalahi undang-undang terhadap orang awam yang tidak bersenjata".
Tentera Israel: Ini ialah tembakan amaran. Berpatah balik.Kapten Jalil Mansor: Kami orang awam yang tidak bersenjata dalam misi bantuan kemanusian ke Gaza.Tentera Israel: Ini ialah zon tentera tertutup. Ia adalah satu pencabulan. Berpatah balik.Kapten Jalil Mansor: Kami akan teruskan (misi).
Kemudian tentera Israel menuju ke bahagian belakang kapal misi dan melepaskan tembakan amaran kedua ke udara.
Derek Graham: Ini melanggar undang-undang antarabangsa. Kami dalam misi keamanan dan tidak bersenjata.Tentera Israel: Berpatah balik. Kami akan lepaskan tembakan lagi.Derek Graham: Kamu tembak orang awam yang tidak bersenjata.Tentera Israel: Kami tidak tembak orang awam yang tidak bersenjata.Derek Graham: Seperti tembak ke arah kami.Tentera Israel: Kami tidak lepaskan tembakan ke arah kamu. Kami cuma lepaskan tembakan amaran.
Selepas itu, tentera Israel melepaskan dua lagi tembakan amaran dan mengugut: "Lain kali, kami akan mendarat di atas kapal kamu".
Kemudian kedengaran di radio, tentera Mesir memberitahu tentera Israel: "Hentikan tembakan. Mereka berada di perairan Mesir".
Mengetahui kehadiran tentera laut Mesir, tentera Israel terus beredar.
Kapal misi bantuan itu berlepas dari Greece petang Selasa waktu Malaysia memasuki Mediterranean menuju ke Gaza, membawa muatan paip PVC sepanjang 7.5 kilometer untuk membantu memulihkan sistem pembetungan yang musnah di Gaza.
- Bernama

Isnin, 18 April 2011












SULTAN KELANTAN DAHULUI SENARAI PENERIMA DARJAH KEBESARAN PERAK
KUALA KANGSAR: Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V yang dikurniakan Darjah Kerabat Diraja Yang Dihormati (DK) mendahului senarai penerima darjah kebesaran dan pingat sempena ulang tahun ke-83 Keputeraan Sultan Perak Sultan Azlan Shah.


Menteri Besar Perak Datuk Dr Zambry Abdul Kadir dianugerahkan Darjah Seri Paduka Sultan Azlan Shah Yang Amat Dimulia (SPSA) yang membawa gelaran Datuk Seri Diraja.
Gabenor wilayah Lampung, Indonesia, Drs Sjachroedin ZP S.H pula dianugerahkan Darjah Seri Paduka Cura Si Manja Kini (SPCM) yang membawa gelaran Datuk Seri.

Darjah Seri Paduka Mahkota Perak (SPMP) yang juga membawa gelaran Datuk Seri dianugerahkan kepada tiga penerima iaitu seorang akauntan bertauliah Datuk Ahmad Johan Raslan, Pengerusi The News Straits Times Press (NSTP) Tan Sri Mohamed Jawhar Hassan dan Ketua Pegawai Eksektif Kumpulan Air Asia, Datuk Seri Dr Anthony Francis Fernandes.
Tiga penerima Darjah Seri Panglima Taming Sari (SPTS) yang membawa gelaran Datuk Seri Panglima ialah bekas Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Hussin Ismail, Panglima Tentera Udara Jen Tan Sri Rodzali Daud dan Panglima Tentera Darat Jen Datuk Seri Zulkifeli Mohd Zin.


Penerima tunggal Darjah Datuk Paduka Cura Si Manja Kini (DPCM) yang membawa gelaran Datuk ialah Timbalan Ketua Setiausaha Perbendaharaan (Pengurusan) Datuk Zalekha Hassan.

Seramai 53 dianugerahkan Darjah Datuk Paduka Mahkota Perak (DPMP) yang juga membawa gelaran Datuk.
Mereka ialah Pengarah Jabatan Kesihatan negeri Perak Datuk Ahmad Razin Ahmad Mahir; Datuk Bridget Menezes; Cheah Keng Toh; Pakar Perunding Perubatan dan Kardiologi di Eeran Specialist Clinic Dr Eeran Jawlly Dass; Kol (B) Harbans Singh; Perunding Kanan Radiologi Dr Mohamad Abdul Kadir; Mohd Hisham Che Abdul Ghani; bekas ketua pasukan hoki negara N. Sri Shanmuganathan; Timbalan Presiden Persekutuan Hoki Malaysia Nur Azmi Ahmad; Pakar Perunding Anaesthesiologi, Institut Jantung Negara Dr Sharifah Suraya Syed Mohd Tahir.
Presiden Kelab Wanita Perak (Wilayah Persekutuan dan Selangor) Siti Hendon Chek; Yeoh Wooi Teong; Datuk Pearl Schubert; Ketua Pengarang Kumpulan Utusan Melayu Berhad, Datuk Abdul Aziz Ishak; Ketua Pegawai Eksekutif Cybersecurity Malaysia Lt Kol. (B) Husin Jazri; Pengarah Institut Kajian Tenga Solar, Universiti Kebangsaan Malaysia Prof Dr Kamaruzzaman Sopian; Pengarah Urusan Sunway City Berhad Ngeow Voon Yean; Pengerusi The East Asian Institute Prof Wang Gungwu.
Chin Yan Oon@ Chin Gan Oon; Deamadoo a/l Narasimuloo; peguam Firoz Hussein Ahmad Jamaluddin; Termizi Mohamad; Abdul Jamil Mat Kasa; Setiausaha Politik kepada Menteri Besar Perak Ismail Saffian; Lew Sew Yee @ Liew Sew Yee; Lim Si Boon; Megat Ahmad Shahrani Megat Sharuddin; Mohamed Sani Supi; Mohd Nazri Shahruddin; peguam Dr Naran Singh; Ooi Jing Ting; Puizah Abu Kassim; Dr R.Palan; Setiausaha Parti Gerakan negeri Perak See Tean Seng; anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Alor Pongsu Sham Mat Sahat.
Mereka yang turut menerima DPMP ialah Presiden Persatuan Peguam-peguam Muslim Malaysia Zainul Rijal Abu Bakar; Dr Zakaria Abdul Kadir; Pengarah Jabatan Alam Sekitar Perak Abu Hasan Mohd Isa; Pegawai Daerah dan Tanah Manjung, Ahmad Shafiee; Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran (Sektor Pembangunan Profesionalisme Keguruan) Datuk Asariah Mior Shaharuddin; Ketua Penolong Setiausaha Kerajaan (Bahagian Sumber Manusia), Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak Asri Saad; Timbalan Pengarah Kanan (Pembangunan) Kementerian Kesihatan Jagjit Singh.
Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri Perak Mohd Rauhi Mohd Isa; Ketua Pegawai Eksekutif Pusat Pengurusan Pelaburan Negeri Perak Muhammad Hafni Ibrahim; Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar) Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Nursiah Arshad; Pengarah Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Perak Dr Quaza Nizamuddin Hassan Nizam; Pengarah Jabatan Tanah dan Galian Negeri Perak Syed Mokhtar Syed Iddris; Ketua Eksekutif Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak Dr Syed Omar Sharifuddin Syed Ikhsan turut dianugerahkan DPMP.
Penerima lain ialah Pengarah Kanan Bahagian Forum Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (Apec) Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri Vasudevan a/l Natchimuthu; Yang Dipertua Puspanita Puan Sri Wan Noorlina Wan Hussin; Pengarah Jabatan Perancang Bandar dan Desa Negeri Perak Dr Dolbani Mijan; Pengetua Sekolah Agama Bantuan Kerajaan Maahad Al-Maarif Al-Islamiah Abdul Majid Zainal Abidin; dan Wan Othman Wan Omar.
Darjah Datuk Pahlawan Taming Sari (DPTS) yang juga membawa gelaran Datuk Pahlawan dianugerahkan kepada Panglima 8 Briged, Kem Pengkalan Chepa Brig. Jen. Abdul Rahim Abdul Mutalib; Atase Pertahanan Kedutaan Malaysia di Indonesia Mohd Anuar Rijaldin dan Timbalan Ketua Polis Perak Datuk Zakaria Yusof.


Sultan Azlan Shah menganugerahkan Darjah Paduka Cura Si Manja Kini (PCM) kepada 14 penerima, Darjah Paduka Mahkota Perak (PMP) kepada 65 penerima, Darjah Ahli Cura Si Manja Kini (ACM) kepada 25 penerima dan Darjah Ahli Mahkota Perak (AMP) kepada 192 penerima.
Ketua Biro Berita Harian Perak Jalal Ali Mohd Abdul Rahim dan pemberita New Straits Times Jaspal Singh dianugerahkan Pingat Pekerti Terpilih (PPT) manakala pemberita Utusan Malaysia, Ani Awang; pemberita The Star Chan Li Leen dan jurugambar Bernama Biro Perak Noraini Ahmad dianugerahkan Pingat Jasa Kebaktian (PJK).
Seramai 274 orang dianugerahkan Pingat Pekerti Terpilih (PPT), 280 orang Pingat Jasa Kebaktian (PJK) dan 10 penerima Pingat Lama Perkhidmatan (PLP). - BERNAMA
VIDEO SEKS: TRIO DATUK' "T" MUNGKIN DIDAKWA
Trio Datuk T mungkin dikenakan tindakan kerana kesalahan mengedar dan menayang video seks melibatkan pelaku yang dikatakan mirip Datuk Seri Anwar Ibrahim, kata polis. Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Datuk Acryl Sani Abdullah Sani berkata kemungkinan itu wujud berikutan siasatan mengikut Sekyen 292 Akta Kanun Keseksaan kerana kesalahan mengedar bahan lucah itu menjurus kepada mereka, pihak yang menayangkan video. Beliau berkata kertas siasatan kes itu dijangka dihantar ke Pejabat Peguam Negara Khamis ini. "Ada kemungkinan mereka akan didakwa mengikut Sekyen 292 itu kerana ia menjurus kepada mereka, pihak penayang."

"Namun bukan polis yang menentukan keputusan itu sebaliknya pejabat Peguam Negara. Kami akan adakan sidang akhbar nanti bila segalanya selesai," katanya ketika dihubungi Bernama di Kuala Lumpur hari ini.

Ketika ditanya mengenai perkembangan kertas siasatan, beliau berkata masih terdapat dua lagi perkara yang perlu dikemaskini dan dilengkapkan dalam siasatan itu, sebelum dihantar ke Pejabat Peguam Negara untuk tindakan susulan. "Kalau boleh bagi pihak kita seawalnya hantar (kertas) itu pada Khamis ini...sementara itu kami tunggu respon daripada pihak yang menyediakan dua perkara itu. "Dua perkara ini tidak boleh didedahkan dahulu ketika ini kerana ia lebih kepada pendakwaan dan menganggu tugas pejabat Peguam Negara," katanya.

Ditanya mengenai sama ada polis mempunyai kuasa untuk menahan pelaku dalam video seks itu, Acryl berkata: "Kami (polis) tiada peruntukan undang-undang untuk menahan mereka dan mengambil keterangan. "Kita kena rujuk kepada pejabat Peguam Negara untuk sebarang penelitian dan semakan. Mungkin mereka ada peruntukan undang-undang terhadap si pelaku," katanya. Pada 21 Mac lalu, video itu dipertontonkan kepada beberapa wartawan terpilih oleh satu kumpulan dikenali sebagai "Datuk T" di Carcosa Seri Negara. Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar baru-baru ini mengumumkan bahawa rakaman video seks itu adalah tulen selepas disahkan oleh pakar tempatan yang memeriksa video berkenaan. - Bernama

Ahad, 10 April 2011


KANDUNGAN TELEFON BIMBIT SARBANI DISIASAT April,10, 2011Kandungan maklumat dalam telefon bimbit milik penolong pengarah kastam Selangor, yang ditemui mati di tingkat satu, pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur di Jalan Cochrane Rabu lepas, kini dalam siasatan polis.Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Datuk Ku Chin Wah berkata telefon bimbit milik Allahyarham Ahmad Sarbani Mohamed itu antara bukti yang disiasat Unit Forensik selain rakaman CCTV bangunan pejabat itu dan bukti di tempat kejadian."Unit Forensik sentiasa mencari bukti-bukti penting bagi melengkapkan laporan mereka sama ada dari telefon bimbit, CCTV atau kembali semula ke tempat kejadian."Setiap hari memang ada petunjuk baru tapi kita tidak boleh dedahkan kerana boleh menganggu siasatan," katanya kepada pemberita di ibunegara hari ini.Beliau berkata sejak kes itu dilaporkan, polis menjalankan sisatan terperinci dengan sentiasa memanggil individu baru atau memanggil semula mana-mana 16 individu yang telah diambil keterangan sebelum ini bagi membantu siasatan.Ku berkata siasatan dapat diselesaikan apabila semua laporan forensik diperoleh dan keterangan saksi selesai diambil."Kita semua perlu tunggu. Jangan bagi kami 'deadline' bila kes boleh diselesaikan," katanya yang tidak menolak kemungkinan kes itu dapat diselesaikan dalam masa terdekat.Ahmad Sarbani, 56, ditemui mati di gelanggang badminton di tingkat satu pejabat SPRM Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur setelah dilaporkan datang untuk bertemu pegawai penyiasat berhubung siasatan kes rasuah membabitkan Kastam Diraja Malaysia. - Bernama