Memaparkan catatan dengan label MALAYSIAN INSIDER. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label MALAYSIAN INSIDER. Papar semua catatan

Rabu, 4 April 2012

ADAM DITUMBUK, RAKAN DITAHAN POLIS DIKAMPUNG KERINCHI

KUALA LUMPUR, 3 April — Aktivis mahasiswa, Adam Adli Abd Halim ditumbuk oleh individu yang didakwanya sebagai ahli Umno, manakala rakannya, ditahan pihak polis ketika mereka melawat ke flat PKNS Kampung Kerinchi di sini ekoran pihak berkuasa tempatan (PBT) mahu merobohkan kediaman penduduk di sana.

Adam yang dihubungi The Malaysian Insider berkata, ketika kejadian, dia beserta 12 rakan mahasiswanya pergi ke kampung berkenaan dan ketika menuruni tangga pangsapuri empat tingkat itu selepas menenangkan keluarga salah seorang penduduk yang merayu agar PBT tidak memusnahkan rumah mereka, dia ditumbuk di mata, oleh individu yang dipercayai penduduk setempat, dan juga ahli Umno kawasan berkenaan.

“Saya naik ke tingkat atas untuk melihat keadaan seorang penduduk yang merayu kepada PBT agar tidak merobohkan kediaman mereka, tetapi kemudiannya ketika menuruni tangga, saya ditumbuk. Saya percaya dia penduduk tempatan kerana masyarakat setempat mengenalinya,” jelas Adam.

Adam mengalami kecederaan di mata dan bahagian bibir.

Sementara itu, rakan kepada Adam, Ekhsan Bukhari, saksi kejadian tersebut, telah dibawa ke Balai Polis Jalan Pantai Baharu ketika kekecohan tersebut berlaku.

Menurut Peguam ‘Lawyer for Liberty’ (LFL) Fadiah Nadwa Fikri yang dihubungi The Malaysian Insider, pihaknya bergegas ke balai polis berkenaan sebaik sahaja menerima berita tersebut.

“Ketika kekecohan tersebut berlaku, Ekhsan telah dibawa ke balai polis, sedangkan dia tidak melakukan apa-apa kesalahan, tetapi individu yang menumbuk Adam tidak dikenakan sebarang tindakan, sebaliknya menghilangkan diri,” katanya meluahkan kekesalan.

Tambah Fadiah, Ekhsan yang ditahan pada jam 11 pagi bagaimanapun dibebaskan sejam kemudian, manakala Adam ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) bagi melengkapkan laporan polis.

Adam sebelum ini menerima kecaman daripada pelbagai pihak kerana telah menurunkan poster tertera wajah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak di bangunan pejabat Umno Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) sewaktu demonstrasi mahasiswa menuntut kebebasan akademik.

Sabtu, 25 Februari 2012

BADRUL AMIN NAFI DITANGKAP "KHALWAT"


Dr Badrulamin Bahron mendakwa diperangkap untuk memalukannya. – Gambar fail oleh Choo Choy May
KUALA LUMPUR, 26 Feb — Pemimpin PKR Selangor Dr Badrulamin Bahron menafikan tuduhan beliau ditangkap khalwat di sebuah hotel di Kuantan semalam, sebaliknya mendakwa menjadi mangsa “perangkap dan berniat memalukannya.”

Anggota majlis tertinggi PKR itu menjelaskan dalam satu kenyataan malam tadi bahawa beliau hanya membantu seorang kenalan wanita yang mendakwa menjadi mangsa keganasan rumahtangga pada masa itu apabila pegawai agama tiba untuk menahannya.

“Kenyataan oleh timbalan pengarah Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) bahawa saya ditahan kerana berkhalwat adalah tidak benar sama sekali.

“Saya percaya insiden ini telah dirancang untuk perangkap dan memalukan saya,” katanya.

Badrulamin menjelaskan wanita itu terlebih dahulu menghubunginya pada Jumaat lalu, mengatakan dia mahu lari daripada rumah kerana “bimbang akan keselamatannya.”

Beliau berkata telah menasihatkan wanita itu tetapi wanita itu dan anaknya kemudian tiba secara tiba-tiba pada pukul 2 pagi, di lokasi di mana beliau menghadiri mesyuarat PKR selama dua hari.

“Saya mengenali pasangan suami isteri itu sejak setahun lalu apabila wanita itu dan keluarganya menemani saya menunaikan umrah.

“Pasangan itu sering menghubungi saya, meminta nasihat tentang masalah keluarga termasuk keganasan rumahtangga. Dalam usaha membantu mereka, isteri saya dan saya juga ada mengunjungi keluarga mereka di Rompin,” katanya.

Kata beliau, melihat keadaan wanita itu dan anaknya pada masa itu, beliau memutuskan menempah bilik hotel untuk mereka.

Tetapi pada 2.30 pagi, beliau berkata, suami wanita itu tiba dengan ditemani 20 individu tidak dikenali “mengepung dan menyerang” beliau. Suami wanita itu kemudian “secara paksa” mengheret wanita itu dan anaknya keluar.

“Lelaki yang berkelakuan seperti samseng itu hanya berhenti memukul saya selepas pihak berkuasa tiba dan menghalang mereka,” katanya.

Bagaimanapun, Badrulamin tetap tidak dibenarkan meninggalkan bilik itu.

Kira-kira 20 minit kemudian, pegawai JAIP tiba untuk menahannya, kata beliau.

“Dengan penjelasan ini, saya harap semua pihak akan berhenti membuat tuduhan dan memfitnah saya.

“Sudah tentu saya tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap mana-mana pihak yang berbuat demikian,” kata Badrulamin.

Beliau menambah telah dipanggil membantu siasatan JAIP pada 27 Februari dan bersedia memberikan kerjasama sepenuhnya

Selasa, 14 Februari 2012

NFCorp melanggar syarat pinjaman, kata Nazri


KUALA LUMPUR, 14 Feb — Datuk Seri Nazri Aziz hari ini berkata, National Feedlot Corporation (NFCorp) telah melanggar syarat perjanjian pinjaman dengan kerajaan persekutuan.

“Dalam kata lain, telah berlaku kes pecah amanah. Duit tersebut, yang seharusnya digunakan untuk tujuan penternakan lembu telah digunakan untuk tujuan lain.

“Dana berkenaan telah diserahkan berdasarkan projek yang diserahkab kepada NFCorp, yang mana mereka harus menternak lembu dan menjualnya dengan kadar yang lebih rendah,” jelas Nazri kepada pemberita di sini.

“Pinjaman itu diberikan hanya bagi tujuan itu. Sekiranya dana itu digunakan bagi tujuan lain, kita tidak perlukan peguam untuk mengetahui samada berlaku pecah amanah atau tidak, sangat mudah,” kata menteri di Jabatan Perdana Menteri yang memegang portfolio undang-undang itu.

Malah, Nazri (gambar) turut menafikan laporan akhbar yang menyatakan bahawa beliau telah mengeluarkan kenyataan yang menyuruh rakan Kabinetnya, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil memulangkan sejumlah RM250 juta yang dipinjam daripada kerajaan untuk Pusat Fidlot Nasional (NFC).

“Kerajaan berkuasa untuk menarik semula pinjaman berkenaan sekiranya berlaku aktiviti pecah amanah. Saya kata NFCorp perlu kembalikan duit itu semula, saya tidak menyebut beliau (Shahrizat), tidak ada kene mengena dengannya,” katanya.

Nazri menegaskan, itu merupakan pandangan beliau selaku menteri berkaitan undang-undang, dan kerajaan masih lagi sedang menyiasat pertuduhan terhadap dakwaan berlakunya penyalahgunaan dana kerajaan persekutuan itu.

Menteri itu berkata lagi, beliau mengambil berat terhadap perkara itu dan menyatakan isu itu “tidak mati” walaupun apa pun tindakan yang diambil kerajaan, kerana rakyat ingin tahu ke mana wang itu digunakan.

“Sekiranya penyiasatan SPRM membuktikan berlakunya pelanggaran akta, mereka akan didakwa.

“Kemudian keluarkan tender dan berikan pembida tertinggi terhadap projek itu,” tambah Ahli Parlimen Padang Rengas ini lagi.

Menurutnya, perletakan jawatan Shahrizat ketika ini tidak akan memberi “kesan” dan berkemungkinan akan lebih berkesan sekiranya dibuat lebih awal.

“Kita perlu tunggu sehingga siasatan selesai ... masyarakat kurang sabar, tiada petunjuk, dan tiada arah ke mana mereka hendak tuju,” tambah Nazri.

PKR telah membuat beberapa siri pendedahan terhadap penyalahgunaan dana termasuk RM62 juta untuk tanah, hartanah, dan perbelanjaan yang tidak berkaitan dengan projek penternakan lembu berkenaan.

Shahrizat telah mengambil cuti tiga minggu daripada jawatan sebagai menteri bulan lepas dan kini telah kembali bertugas.

Rabu lalu, beliau telah dipanggil memberi keterangan di pejabat SPRM di Putrajaya.

Timbalan Perdana Mnerteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan akan melantik juru audit bagi menyemak semula laporan kewangan NFC namun enggan mewujudkan Suruhanjaya Diraja bagi menyiasat NFC.

Isnin, 13 Februari 2012

TARIK BALIK KENYATAAN PRO-ISRAEL ATAU DAKWA WSJ - NIK AZIZ GESA ANWAR


KUALA LUMPUR, 14 Feb — Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menggesa Datuk Seri Anwar Ibrahim agar menarik balik kenyataannya seperti yang disiarkan dalam akhbar Wall Street Journal (WSJ) bulan lalu.

“Ahli Majlis Syura Ulama PAS, menggesa Datuk Seri Anwar menarik balik kenyataannya seperti dilaporkan di Wall Street Journal,” kata beliau dalam satu kenyataan.

Tambah Nik Aziz (gambar), sekiranya kenyataan itu dilaporkan secara salah atau membawa maksud yang berbeza, beliau dan seluruh ahli Majlis Syura Ulama menasihatkan Anwar untuk mengambil tindakan undang-undang dengan menyaman WSJ bagi membersihkan nama beliau.

Anwar yang juga merupakan Ketua Pembangkang, sebelum ini dilaporkan menyokong usaha menjaga keselamatan Israel ketika beliau ditemu ramah akhbar WSJ, dengan menyatakan beliau menyokong “kemahuan dan hak rakyat Palestin mesti dibela dan jika syarat itu dipenuhi maka wajar hak rakyat Israel juga dihormati.”

Menurut Nik Aziz, pendirian PAS berpegang dengan prinsip, dan tidak akan mengiktiraf negara Israel sebagaimana yang ditegaskan pendirian dalam kalangan masyarakat Islam antarabangsa.

Sebaliknya, Menteri Besar Kelantan itu menegaskan, PAS menyokong sepenuhnya perjuangan rakyat Palestin yang ditindas di bumi sendiri.

Jelasnya lagi, beliau telah menghantar surat kepada Anwar supaya menarik balik kenyataan tersebut.

Anwar telah menerima kecaman hebat daripada masyarakat negara ini dan juga Umno ekoran kenyataannya itu..

Beliau mempertahankan dirinya dengan menyatakan kenyataan yang dibuatnya yang menyatakan sokongan terhadap penyelasaian dua negara, selari dengan kenyataan yang dibuat Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman dalam Perhimpunan Agung Bangsa-Bangsa bersatu (PBB) September tahun lalu.

Tun Dr Mahathir Mohamad menyatakan, bekas timbalannya itu menyokong Yahudi dan merupakan pemimpin yang tidak menghormati perjuangan rakyat Palestin.

Malaysia menyokong penuh perjuangan Palestin dan menolak kekejaman Israel terhadap negara Islam tersebut, malah kedua-dua negara juga tidak menjalinka hubungan diplomatik.TARIK BALIK

Ahad, 29 Januari 2012

USAH SEMBUNYI DIBELAKANG UNDANG-UNDANG



KUALA LUMPUR, 29 Jan – Pakar Perlembagaan, Abdul Aziz Bari menasihatkan Datuk Seri Azizan Abdul Razak agar tidak berselindung di sebalik isu teknikal undang-undang apabila berdepan dengan aktivis mahasiswa tentang kebebasan akademik di Kedah.

"Menteri Besar tidak seharusnya berselindung di sebalik semua isu teknikal. Sebenarnya, terpulang kepada beliau untuk membuat keputusan.”kata bekas professor ini kepada The Malaysian Insider.

Beliau turut mengingatkan Menteri Besar Kedah itu bahawa terdapatnya undang-undang yang baik dan yang buruk, dan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) terletak dalam kategori yang buruk.

"Seperti mana ISA, Akta Hasutan, dan PPPA," katanya merujuk kepada undang-undang keselamatan, percetakan dan penerbitan yang disifatkan Pakatan Rakyat sebagai undang-undang "berlebihan" dan "lapuk", yang dijanjikan mereka untuk diubah, menurut manifesto pilihan raya mereka yang kenali sebagai Buku Jingga.

Azizan, pemimpin PAS kanan, mempertahankan tindakan kolej negeri, Kolej Universiti Insaniah (KUIN) menggantung lima pelajarnya di bawah AUKU pada Mei tahun lepas.

"Bagaimana beliau (Aziz) boleh menyuruh saya untuk campur tangan dalam hal ehwal pentadbiran universiti? Keduanya, perkara itu sudah di bawa ke mahkamah ... Apa nak dikecohkan lagi," kata Azizan semalam.

Abdul Aziz kembali bertelingkah lidah dengan Azizan berikutan tuduhannya terhadap Aziz yang mendakwa beliau "buta undang-undang" dan tidak berkelakuan sesuai ahli akademik.

Bekas pensyarah undang-undang Universiti Islam Antarabangsa (UIA) itu mendesak Azizan agar membatalkan keputusan mahkamah menggantung lima pelajar terbabit dan menjadikannya kes mahkamah akademik.

"Sebagai ilmuan syariah, menteri besar Kedah seharusnya mengetahui perkara ini. Beliau terlepas pandang berkaitan perkara itu dan seharusnya mengemukakan permohonan maaf dan membatalkan keputusan yang dibuat KUIN," jelas Abdul Aziz.

Beliau terus mengkritik Azizan kerana menggunakan dana kerajaan negeri untuk melantik peguam mewakilinya di mahkamah.

The Malaysian Insider difahamkan bahawa kerajaan negeri telah melantik peguam terkemuka negara, Karpal Singh, yang juga Pengerusi DAP dan pemimpin Pakatan Rakyat, mewakili KUIN sementara penasihat undang-undang PAS, Mohamed Hanipa Maidin, akan mewakili mahasiswa berkenaan.

Abdul Aziz turut mendesak agar Azizan tidak melibatkan pemimpin politik berhubung perkara itu bagi menyelamatkan Pakatan Rakyat “daripada perkara yang bukan sahaja membazirkan wang dan tenaga, tetapi paling nyata menurunkan martabat janji mulia yang dibuat dalam dasar rangkakerja biasa."

Beliau turut mendesak Karpal agar mempertimbangkan semula keputusannya.

Malah, Aziz turut mengingatkan Karpal dan Azizan bahawa, Malaysia sudah mempunyai undang-undang yang cukup untuk mengawal mahasiswa dan mereka seharusnya tidak berterusan dalam menyokong AUKU dan undang-undang tidak adil lain, sebaliknya menunaikan janji mereka untuk pembaharuan, termasuk memansuhkan akta terbabit.

Lima mahasiswa KUIN itu dibawa berdepan jawatankuasa disiplin pada 25 Mei 2011 kerana melanggar undang-undang AUKU dengan menyertai demonstrasi, membuat ucapan menggunakan pembesar suara dan mengadakan sidang media untuk membantah tindakan menggunakan blok untuk kelas agama sebagai tempat untuk sekolah pintar.

Mohd Faiz Mohd Arshad telah digantung dua semester, dan rakan-rakannya digantung satu semester dan diberikan surat amaran.

Walaupun penggantungan tersebut sudah berlangsung sejak lapan bulan lalu, dengan empat daripada mereka telah kembali ke kampus, aktivis berkenaan mengambil keputusan untuk mencabar keputusan mahkamah tersebut.

Mohd Faiz Mohd Arshad menuntut penggantungannya ditarik balik dan rakan-rakannya menuntut ganti rugi kewangan kerana ketinggalan kelas.

Azizan telah membuat kenyataan bahawa pihaknya tidak bersetuju bahawa tindakan KUIN itu salah dan menyerahkan perkara itu kepada mahkamah untuk membuat keputusan.

Khamis, 19 Januari 2012

HASAN ALI SEPERTI "BUAH BURUK" TAK PERLU PETIK AKAN JATUH SENDIRI

KUALA LUMPUR, 18 Jan — Veteran PAS Subky Abdul Latif mengibaratkan bekas Pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Dr Hasan Ali seperti “buah buruk” yang akan jatuh bila-bila masa tanpa perlu “dijolok.”

Ketika dihubungi The Malaysian Insider, Subky berkata kepimpinan PAS tidak perlu melayan dan ambil peduli tentang tuduhan yang dilemparkan Hasan terhadap parti itu.

Beliau juga berkata Hasan kini hanya “orang luar” dan tidak mempunyai apa-apa hubungan dengan PAS pimpinan Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Hasan (gambar) dipecat keanggotaannya pada 8 Januari lalu kerana berulang kali mengeluarkan kenyataan dan pandangan yang bertentang dengan dasar parti Islam itu.

“Beliau (Hasan) bukan lagi ahli PAS, jadi suka hati beliau nak kata apa...kita tidak boleh nak arahkan beliau lagi sebab beliau sudah dipecat.

“Kalau kita layan pun tak guna, tidak jejaskan kita dan Pakatan Rakyat. Beliau ibarat buah buruk, buah buruk ini kalau dijolok jatuh...tak dijolok pun boleh jatuh sendiri. Jadi kita tidak perlu buat apa-apa,” kata Subky.

Bekas Pesuruhjaya PAS Wilayah Persekutuan ini berkata Hasan kini sudah bebas menambah Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Gombak Setia itu “boleh buat apa sahaja yang disukai.”

“Beliau bukan orang pertama yang keluar dari Pakatan Rakyat, dalam PAS beliau orang pertama.

“Terpulang kepada beliau nak kata apa...tak usah peduli, buang masa sahaja,” katanya.

Semenjak dipecat, Hasan telah mengeluarkan pelbagai kenyataan terhadap PAS, Pakatan Rakyat dan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Malah Hasan juga menjelajah ke seluruh negara untuk memberi penjelasan sebenar tentang pemecatannya selain mahu mendedahkan kumpulan “parasit” dalam PAS yang didakwanya telah memesongkan parti itu daripada landasan perjuangan Islam.

Kata Hasan, identiti kumpulan berkenaan hanya akan didedahkannya dalam program ceramahnya ke seluruh negara, bermula dua minggu depan.

Menyentuh mengenai kewujudan “parasit” dalam PAS, Subky secara berseloroh berkata ia bukan masalah kepada parti Islam itu untuk “tangkap dan masukkan dalam botol” kerana dibarisi ramai tokoh agama.

“Parasit ini satu jenis makhluk spesis hantu, dalam PAS kita ada Datuk Dr Haron Din (Timbalan Mursyidul Am) dan Datuk Ismail Kamus yang boleh kenal parasit sebab mereka ini pengamal perubatan Islam.

“Mereka boleh tangkap parasit dan masukkan dalam botol kalau betul-betul ada,” katanya sambil ketawa.

Selasa, 17 Januari 2012

BEKAS MENTERI DAKWA BN BELI UNDI DENGAN WANG TUNAI

PETALING JAYA, 17 Jan — Bekas menteri persekutuan daripada Umno hari ini mendakwa wang yang digunakan pada kempen pilihan raya lalu adalah untuk membeli undi, satu taktik yang dikenali sebagai “bom”.

Tan Sri Datuk Abdul Kadir Sheikh Fadzir (gambar) berkata demikian dalam satu forum dengan menjelaskan mengalami pengalaman itu sendiri dengan memberi RM200 hingga RM1,000 dalam kempen pilihan raya Barisan Nasional (BN) untuk mendapat undi.

“Saya telah menjadi ketua dalam banyak kempen dan saya diberikan wang dalam jumlah yang banyak untuk diagihkan,” kata bekas menteri penerangan dan pelancongan di Persidangan Perancangan Strategik Malaysia 2012 di sini.

“Ia secara terang-terangan untuk membeli undi.”

Abdul Kadir berkata istilah yang digunakan untuk strategi itu adalah “bom”.

Beliau menambah secara peribadi tidak pernah menggunakan wang itu.

James Chin, Ketua Sekolah Seni dan Sains Sosial, Monash University, Bandar Sunway, berkata strategi itu merupakan paling berkesan di Sabah dan Sarawak.

Semasa ucapannya, Abdul Kadir berkata semasa beliau masih memegang jawatan dalam Umno, beliau mahu mengingatkan mereka tentang “Amanah Merdeka” — yang bermaksud memberi rakyat hak untuk mempunyai pilihan raya bersih dan adil.

Beliau turut menggesa Umno agar tidak perlu takut untuk kalah sekiranya ikhlas dalam perjuangan.

“Jika anda kalah, terimanya; rakyat ubah kerajaan banyak kali di USA dan Australia,” katanya.

“Saya adalah ahli Umno, saya tiada masalah jika kalah. Jika anda berada di sana untuk menggunakan jutaan ringgit untuk diri sendiri dan kroni anda atau jika saya mempunyai bilion ringgit dan saya akan ditangkap selepas saya kehilangan kuasa, maka saya akan gunakan semua tipu helah ini.

“Jika anda ikhlas, tiada apa yang perlu ditakutkan,” tambahnya.

Beliau berkata untuk mempunyai pilihan raya bersih dan adil, perlu ada akses sama rata terhadap media, syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan jabatan kerajaan mesti neutral.

“Anda perlu berikan mereka (pembangkang) kebebasan untuk mempunyai TV, radio dan akhbar,” katanya. “Selama 50 tahun PAS telah meminta lesen akhbar tetapi tidak diberikan — kerajaan pembuli besar.”

Beliau menambah semasa pilihan raya, BN tidak sepatutnya menggunakan Kementerian Penerangan, Felda, Felcra dan Unit Cawangan Khas (SB) serta agensi lain untuk membantu kempen mereka.

Abdul Kadir juga Timbalan Presiden Angkatan Amanah Merdeka dan Pengerusi Eksekutif Kumpulan Sazean.

Ahad, 15 Januari 2012

HASAN: TIADA SEBAB SAYA PERLU KEKAL DALAM PAS


KUALA LUMPUR, 15 Jan — Bekas pemimpin kontroversi PAS Datuk Dr Hasan Ali membayangkan tidak akan mengemukakan rayuan berhubung pemecatannya walaupun diberi tempoh merayu sehingga bulan depan.

Hasan, bekas Pesuruhjaya PAS Selangor yang dipecat parti Islam itu minggu lalu diberi tempoh 30 hari untuk mengemukakan rayuan kepada Majlis Syura Ulama sebelum 7 Februari depan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Gombak Setia ini berkata beliau tidak kesal dengan pendirian tersebut selepas merasakan perjuangan di dalam PAS dikhianati khususnya oleh sekumpulan ‘parasit’ yang lebih rela menghargai dan meraikan perjuangan orang lain.

“Saya tak boleh, jiwa saya tak boleh. Saya tidak nampak kenapa harus kekal dalam parti,” katanya pada Program Bicara Memurnikan Akidah Ummah, anjuran Sekretariat Selamatkan Akidah (Himpun) di Taman Bolton di sini.

Memetik Sinar Harian, Hasan (gambar) meluahkan kekecewaan itu apabila perjuangannya mempertahankan akidah umat Islam di Selangor ditentang parti sendiri.

“Saya tidak boleh melakukannya ketika dalam parti, kerana rakan dalam parti dan kumpulan ‘parasit’ ini tidak suka isu arak dan murtad di Selangor diperjuangkan kerana hendak meraikan rakan lain yang bersekongkol dalam parti.

“Saya sanggup digugur dalam Exco dan meninggalkan segala keistimewaan. Walaupun saya cukup selesa dengan kedudukan sebagai Exco, saya tinggalkan demi menyelamatkan diri, anak—anak, keluarga dan umat Islam,” katanya di hadapan kira-kira 100 peserta yang turut menampilkan Dr Azhar Yaakob dan Farhan Abdullah sebagai ahli panel.

Hasan berkata, penentangan terhadap perjuangannya terbukti apabila beliau dikritik oleh pemimpin PAS, gara-gara memberi sokongan penuh kepada Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) dan Majlis Agama Islam Selangor (Mais) berhubung pemeriksaan gereja tahun lalu.

“Saya tidak berseorangan dalam perkara ini, dalam tempoh terdekat akan terdapat pergerakan besar—besaran memperjuangkan akidah umat Islam dalam negara,” katanya.

Ekoran pemecatan daripada PAS, Hasan turut digugurkan daripada jawatan exco kerajaan negeri Selangor.

Pemecatan Hasan dibuat PAS kerana pemimpin itu berulang kali mengeluarkan kenyataan dan pandangan yang bertentang dengan dasar parti Islam itu.

Jumaat, 13 Januari 2012

DAP GUNAKAN 'YOUTUBE' UNTUK KEMPEN MALAYSIA LEBIH BERSIH

KUALA LUMPUR, 14 Jan — Seorang wanita dengan wajah lesu berkongsi masalah dengan cucian pakaiannya dilihat menjadi taktik bau DAP dalam usaha menarik pengundi dalam jumlah yang lebih besar pada pilihan raya umum ke-13 yang dijangka tahun ini.

Video klip satu minit di Youtube itu ((http://www.youtube.com / watch?v=JGrcrVDY6y0) melihattkan seorang wanita yang melihat ibunya menggunakan jenama pencuci pakaian “BN” tetapi pakaian hanya kelihatan menjadi lebih kotor dalam setiap cucian.

Perkataan “rasuah” dilihat timbul dengan baju yang kotor dengan perkataan “PKFZ”, lembu, kondo, dan lain-lain,” jelas merujuk kepada skandal kewangan berkait dengan ahli-ahli politik dari keputusan Barisan Nasional (BN) kerajaan pusat.

Wanita berkenaan kemudiannya mengangkat satu botol bewarna Jingga dengan jenama “Pakatan,”terpampang logo untuk PKR, DAP dan PAS , dengan nota ia mengandungi unsur “CAT” — “cekap, akauntabel dan telus” — dan memasukkannya ke dalam cuciannya.

Dia senyum dengan kepuasan apabila kemeja yang dicuci menjadi putih bersih dan wanita terbabit menyampaikan amanat “Ubah sekarang, bersihkan Malaysia”.

Klip video berbahasa Melayu itu menunjukkan pengguna sejumlah hampir satu perempat juta komen di Youtube sejak ia dimuat naik awal minggu ini, dengan 2,818 ‘like’ dan 231 ‘unlike’.

Cucian ini ialah idea Ooi Leng Hang, untuk konvensyen kebangsaan parti itu minggu lepas.

Ooi, yang adalah salah seorang daripada enam anggota pasukan itu , yang juga bertanggungjawab mereka maskot kenyalang yang bermati-matian melawan Tan Sri Abdul Mahmud Taib, ketua menteri Sarawak dalam tinjauan negeri di Malaysia Timur tahun lepas.

Video bertajuk “Ubah lawan Taib” tersebar dengan meluasnya.

Pekerja tetap parti berusia 37 tahun itu memberitahu The malaysian Insider, video cucian tersebut memakan kos kurang daripada RM200 untuk dihasilkan termasuk bayaran pelakon, yang menurutnya bukan ahli kepada mana-mana parti politik Pakatan Rakyat.

“Tema konvensyen ialah ‘Ubah sekarang, bersihkan Malaysia’, tetapi saya mengandaikannya boleh juga digunakan untuk pilihan raya umum,” kata Ooi, seorang ahli pasukan publisiti berangka DAP diketuai oleh Hew Kuan Yau.

Ketua penerangan DAP Tony Pua berjanji lebih banyak muzik dan video-video akan datang kerana strateginya untuk pilihan raya umum, yang ramai percaya akan dilaksanakan tahun ini, dengan jangkaan Mac 2013 tarikh akhir. Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah menunjukkan tanda-tanda pilihan raya selepas reformasinya menendang dalam.

“Maklum balas amat positif dan telah memberi kami dorongan lebih besar melakukan lebih banyak dan jadi lebih kreatif menguasai imaginasi orang,” jelas Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara kepada The Malaysian Insider.

Ketua DAP Youth Anthony Loke katanya ia adalah satu daripada cara-cara paling berkesan untuk parti pembangkang pusat menyampaikan mesej mereka.

“Ia adalah lebih berkesan daripada mengedarkan risalah-risalah. Ia akan merebak dan merentasi sempadan-sempadan dan mencapai para penonton. Sebaik sahaja mereka melihatnya, mereka akan berkongsinya bersama rakan-rakan mereka di Facebook,” katanya.

Khamis, 12 Januari 2012

AZIZ BARI FAIL SAMAN KE ATAS UTUSAN & ZULKIFLI NORDIN

KUALA LUMPUR, 12 Jan — Bekas pensyarah Universiti Islam Antarabangsa (UIA) Prof Dr Abdul Aziz Bari telah memfailkan saman hasutan ke atas Ahli Parlimen dan Utusan Melayu (Malaysia) Berhad.

Abdul Aziz menamakan Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Datuk Zulkifili Noordin, yang merupakan seorang peguam dan Ketua Editor Utusan Malaysia, Mingguan Malaysia, dan Utusan Melayu, Datuk Abdul Aziz Ishak sebagai defendan.

Saman tersebut difailkan melalui firma guaman Messrs Mohamed Hanipa & Associates kepada Pendaftar Mahkamah Tinggi Sivil Kuala Lumpur pada 22 Disember tahun lalu.

Salinan laporan tersebut hanya dikemukakan kepada media hari ini.

Peguam Abdul Aziz (gambar), Azhana Mohd Khairudin, memberitahu pemberita, timbalan pendaftar mahkamah, Norhatini Abdul Hamid telah menetapkan 10 Febuari untuk pengurusan kes selepas pertemuan hari ini.

Plaintif mendakwa, pada 17 Oktober 2011, Zulkifli telah mengeluarkan perkataan berunsur hasutan terhadapnya yang kemudiannya disiarkan di dalam akhbar Utusan Malaysia keesokan harinya.

Abdul Aziz mendakwa perkataan tersebut merujuk dengan jelas kepadanya kerana namanya disebut di dalam artikel berkenaan.

Katanya, maksud perkataan tersebut adalah dia merupakan antara profesor undang-undang dan individu yang biadap dan tidak layak menjadi pensyarah undang-undang.

Aziz menuntut kerugian am, tauladan, dan ganti rugi teruk yang menuntut permohonan maaf serta penarikan balik kenyataan tersebut daripada defendan.

Ahad, 27 November 2011

AKTA KERJA: MTUC PANGGIL SETIAUSAHA KEWANGANNYA "SYOR PERANG" TERHADAP BN


KUALA LUMPUR, 28 Nov — Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) dijangka mengambil tindakan disiplin ke atas Setiausaha Kewangannya yang semalam melahirkan pendirian bahawa badan induk itu akan mengisytihar perang ke atas kerajaan Barisan Nasional (BN) jika pindaan Akta Kerja diluluskan di Dewan Negara bulan depan.

Ketika menyertai perbahasan pada Kongres Nasional PKR semalam, Alias Awang Ibrahim dilapor berkata MTUC akan berbuat demikian jika Rang Undang-undang Kerja 1955 diluluskan pertengahan Disember.

Menurut Alias Awang, badan induk itu akan menyokong mana-mana parti politik yang berjanji akan meminda pindaan kontroversi Akta Kerja.

Mengulas perkembangan itu, Setiausaha Agung MTUC Abdul Halim Mansor berkata, beliau akan mengkaji laporan media berkenaan kenyataan Alias Awang dan memanggil beliau untuk memberi penjelasan.

“Saya tidak boleh memberitahu bentuk tindakan (disiplin), sebaliknya akan menyerahkan kepada majlis am selaku badan tertinggi MTUC untuk membuat pendirian ke atas Alias Awang,” kata beliau kepada The Malaysian Insider malam tadi.

Halim menegaskan, apa yang diperkatakan oleh Alias Awang pada Kongres PKR semalam bukan pendirian rasmi MTUC, sebaliknya “saya melihat ia sebagai pendapat peribadi beliau.”

“Pun begitu apa yang diperkatakan oleh Alias Awang bertentangan dengan pelan tindakan yang telah diluluskan oleh majlis am dalam isu pindaan Akta Kerja... ia pandangan yang berat dan serius,” katanya lagi.

“Saya hendak menekankan bahawa hanya majlis am yang boleh membuat kenyataan sedemikian. Majlis am MTUC telah membuat pendirian bahawa MTUC tidak harus memihak mana-mana parti politik, kami hendak berkecuali.

“Lagi pun majlis am sudah pun membuat keputusan bahawa tidak ada sesiapa pun dari MTUC boleh membuat kenyataan mengenai isu ini kecuali presiden dan setiausaha agung... jadi kami akan panggil beliau untuk memberi keterangan,” kata Halim lagi sambil menjelaskan, tindakan ‘berperang’ dengan kerajaan tidak ada dalam pelan tindakan MTUC, pergerakan pekerja yang selalu berhadapan dengan polemik mengenai ideologi politik pemimpin-pemimpinnya.

“Kami bukan mahu berperang tetapi mahu menjaga kepentingan pekerja,” katanya lagi.

Menurut Halim, di bawah pelan tindakan MTUC akan mengadakan perhimpunan pada 2 Disember ini di Shah Alam, Selangor.

Selain itu kata Halim, pihaknya mahu menyelesaikan isu pindaan menerusi perbincangan dengan kerajaan terutama Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak selain mendapatkan sokongan badan buruh antarabangsa.

“Semua usaha ini sedang berjalan dengan baik. Jadi tidak nampak kita perlu berperang dengan kerajaan... lagipun dalam MTUC ada ahli yang menganggotai parti politik yang lain,” katanya lagi.

“MTUC kena sensitif kepada ahli-ahli, bukan mengutamakan kepentingan peribadi,” kata Halim sambil menambah, pihaknya tidak mahu mengambil risiko dengan menyokong mana-mana parti.

“Apa kata kalau parti yang kita sokong kalah dalam pilihan raya... kita tidak boleh menjaga kepentingan nasib pekerja,” katanya lagi.

Mengikut laporan media, Alias Awang dipetik berkata jika Rang Undang-undang Kerja 2011 diluluskan di Dewan Negara pada 12 Disember ini, maka MTUC akan mengisytihar perang ke atas kerajaan dan “tiada ruang untuk berkompromi.”

Pindaan itu sudah pun diluluskan oleh Dewan Rakyat pada 6 Oktober lalu dan kini tunggu giliran Dewan Negara.

MTUC sudah pun memberi amaran kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bahawa 5.7 juta pekerja akan membuat keputusan dalam pilihan raya umum ke-13 jika pentadbirannya enggan mendengar suara mereka.

Kongres itu telah menulis surat kepada Najib dan timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin tetapi belum ada perkembangan positif setakat ini.

Ia mengadakan piket pada 3 Oktober dan 3 November lalu berhubung pindaan Akta Kerja khususnya berkaitan dengan sistem kontraktor bagi tenaga kerja.

Selasa, 15 November 2011

ISU JET : ZAHID AKAN JAWAB SELEPAS LAWAT RUSIA

KUALA LUMPUR, 15 Nov — Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata beliau akan membuat penjelasan penuh mengenai pemilik jet peribadi yang beliau tumpang ke Mekah baru-baru ini sekembalinya dari lawatan rasmi ke Rusia.

“Saya kini di Moscow, ada tugas rasmi. Balik nanti saya akan beri jawapan,” kata beliau (gambar) dalam respons SMS kepada The Malaysian Insider, yang menghubunginya untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai isu jet peribadi tersebut dan pemiliknya.

Isu ini timbul apabila beliau dikatakan pergi menunaikan haji menggunakan jet peribadi.

Terdahulu, Naib Presiden Umno ini yang dihubungi The Malaysian Insider menafikan jet peribadi itu miliknya.

Katanya, memang betul beliau naik jet peribadi tetapi dia sekadar menumpang jet peribadi kawannya yang kebetulan juga buat haji.

“Salah ke?” Tanya beliau dalam kenyataan awal.

Zahid, Ahli Parlimen Bagan Datok dilantik sebagai Menteri Pertahanan pada 2009 ketika era pentadbiran Najib.

Sebelum itu beliau merupakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang bertanggungjawab ke atas hal ehwal Islam.

Dakwaan diterima menerusi e-mel menyebut Zahid telah pergi untuk menunaikan haji tahun ini dengan menaiki jet peribadi.

Menurut dakwan itu, isteri beliau Datin Seri Hamidah Khamis telah berada di Madinah terlebih dahulu dan beliau menjemput dengan jet peribadi dan kemudian ke Jeddah.

“Siapa empunya jet peribadi ini, jika sahabat beliau; dengan tujuan apa diberi untuk menggunakan jet peribadi ini. Adakah sahabat beliau yang mempunyai kepentingan dalam Kementerian Pertahanan?

“Jika beliau menggunakan wang sendiri untuk menyewa jet berkenaan; dari mana beliau dapat wang sebegitu banyak?” kata dakwaan itu.

Ahad, 31 Julai 2011

PILIHANRAYA OLOK-OLOK : BN HILANG PERAK N. SEMBILAN
KUALA LUMPUR, 1 Ogos — Barisan Nasional (BN) boleh kehilangan Perak dan Negeri Sembilan pada pilihan raya umum ke-13, demikian menurut keputusan pilihan raya olok-olok melainkan parti-parti komponennya meletakkan muka-muka popular yang berpotensi dan memastikan jentera di peringkat akar umbi menjana sokongan pengundi.
The Malaysian Insider difahamkan pilihan raya latihan yang diadakan baru-baru ini menunjukkan BN boleh kehilangan sehingga 15 daripada 56 kerusi di Johor, dikuasai Pakatan Rakyat (PR).
Persekitaran itu tidak pernah diduga tetapi BN telah hilang enam kerusi di Johor pada pilihan raya umum 2008.
Daripada enam kerusi itu PAS menguasai dua manakala DAP pula empat.
Difahamkan Perlis, di mana BN menguasai 14 daripada 15 kerusi, kemungkinan akan kehilangan beberapa kerusi Dewan Undangan Negeri dan salah satu daripada tiga bahagian Parlimen di tangan Pakatan Rakyat disebabkan kemarahan penduduk negeri itu mengenai isu Wahabi termasuk tindakan meletakkan Mufti Perlis Dr Juanda Jaya dalam senarai pengganas.
“Pilihan raya olok-olok ini menunjukkan banyak kelemahan. Dan, isu Wahabi tidak membantu,” kata satu sumber Umno kepada The Malaysian Insider.
Seorang pemimpin Umno yang semakin meningkat juga memberikan sentimen yang sama sambil menegaskan, BN perlu meletakkan muka-muka baru untuk menyegarkan kedudukan perikatan itu sementara memastikan jentera peringkat bawah peringkat aktif bagi mendapatkan sokongan menyeluruh.
“Masalahnya ialah jentera Umno boleh bekerja jika diberikan motivasi, tetapi ahli parti komponen kelihatan tidak diberikan motivasi,” kata pemimpin Umno itu.
Beliau mendedahkan bahawa Umno hanya boleh menang 27 daripada 59 kerusi Dewan Undangan Negeri di Perak meskipun BN memerintah semula negeri itu sejak awal 2009 ekoran tindakan melompat parti melibatkan tiga wakil rakyat dari Pakatan Rakyat.
Pada Jun lalu, Umno negeri itu yakin boleh menang 33 kerusi dengan Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir menolak laporan The Malaysian Insider bahawa kemenangan hanya boleh dipastikan jika calon yang betul dipilih kali ini.
Difahamkan beberapa pemimpin Umno bahagian di Perak keberatan untuk berkempen atau mendaftar pemilih baru melainkan mereka pasti akan menjadi calon pilihan raya umum ke-13.
“Umno Perak kuat dan boleh menang 33 kerusi negeri tetapi pemimpin-pemimpin bahagian tidak mahu bergerak kecuali mereka atau calon pilihan mereka diturunkan,” kata sumber Umno ketika itu.
Pada Mac 2008, Umno bertanding di 34 daripada 59 kerusi Dewan Undngan Negeri di Perak dan menang 27 kerusi manakala MCA pula satu. Pakatan Rakyat memperoleh 31 kerusi.
“Keadaan tidak berubah di Perak dan kini keadaan yang sama wujud di Negeri Sembilan memandangkan pembangkang menjadi semakin kukuh, melihat pada kemungkinan Datuk Seri Mohamad Hasan tidak akan kekal sebagai menteri besar,” kata sumber Umno.
Mohamad disebut-sebut akan bertanding kerusi Parlimen.
Kata sumber itu, mereka melobi dengan kuat untuk mendapatkan kerusi Menteri Besar Negeri Sembilan.
“Tetapi mereka lupa bahawa kemenangan ketika pilihan raya umum 2008 adalah tipis,” katanya lagi.
Di negeri itu, BN menguasai 21 daripada 36 kerusi manakala 15 dimenangi Pakatan Rakyat, yang yakin untuk mengambil alih negeri itu kali ini.
Pakatan Rakyat yang terdiri daripada DAP, PKR dan PAS kini menguasai kerajaan negeri Kelantan, Kedah, Pulau Pinang dan Selangor selain memperoleh 82 kerusi Parlimen.
Perikatan itu menyasarkan akan memperoleh lebih banyak kerusi kali ini dan mengurangkan lagi majoriti BN pada pilihan raya umum ke-13.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tidak memberi bayangan bila pilihan raya umum akan diadakan tetapi timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin telah memberitahu BN agar bersedia untuk menghadapi pilihan raya umum dalam waktu terdekat.
Kebanyakan penganalisis dan pemimpin pembangkang menjangkakan pilihan raya umum akan diadakan dalam tempoh setahun ini tetapi ada juga mengatakan ia kemungkinan diadakan seawal November ini selepas Bajet 2012 dibentangkan di Parlimen awal 7Oktober dan sebelum perhimpunan agung tahunan Umno.

Khamis, 7 Julai 2011

BERSIH 2.0 : TITAH NASIHAT AGONG KEJUTKAN PEMIMPIN UMNO

KUALA LUMPUR, 8 Julai — “Kebebasan” Yang di-Pertuan Agong dalam isu berkaitan Bersih 2.0 dan perkenan menerima pertemuan wakil gabungan itu awal minggu ini telah mencetuskan kebingungan di kalangan ahli politik Umno termasuk beberapa menteri pentadbiran Najib, kata sumber.
The Malaysian Insider difahamkan, mereka kecewa dengan keputusan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin (gambar) perkenan menerima rombongan diketuai Pengerusi Bersih 2.0 Datuk Ambiga Sreenavasan menghadap atas alasan ia berlaku di luar kuasa perlembagaan.
Pegawai-pegawai kerajaan juga mengesahkan wujud siri “tarik tali” dalam urusan menyediakan titah kenyataan antara istana dan pentadbiran Najib sebelum Istana Negara mengeluarkan pendiriannya lewat Ahad lalu.
“Beberapa ahli politik merasakan bahawa kenyataan Agong seharusnya telah menggunakan perkataan-perkataan yang sangat tegas terhadap Bersih 2.0. Dan, beberapa menteri juga kecewa apabila Agong menerima (kehadiran) Ambiga,” kata sumber itu kepada The Malaysian Insider.
Seorang menteri Kabinet mengesahkan kepada The Malaysian Insider bahawa perbezaan pandangan wujud ketika mesyuarat Kabinet mingguan yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
“Mereka merasakan Agong bukan merupakan sayap eksekutif dan Agong tertakluk kepada sistem raja berperlembagaan di mana beliau bertindak atas nasihat perdana menteri.
“Jadi, kebanyakan menteri merasakan bahawa ini dilakukan tanpa pengetahuan perdana menteri. Tetapi perdana menteri tahu, jadi sebenarnya, ia satu tanggapan salah,” kata menteri berkenaan.
Menteri itu menambah mereka merasakan sedemikian memandangkan sehari sebelum itu Putrajaya telah memutuskan Bersih 2.0 sebagai sebuah pertubuhan haram.
Malah menteri itu menambah, persetujuan Agong untuk bertemu dengan Ambiga seolah-olah memberi gambaran bahawa baginda tidak mengiktiaf kedudukan Bersih 2.0 sebagai sebuah pertubuhan haram.
“Tetapi jika anda melihat dari sudut lain, Agong tidak bertemu dengan Bersih 2.0. Baginda membenarkan Ambiga sebagai seorang individu untuk bertemu . . . bukan sebagai wakil Bersih, sebab ia satu pertubuhan haram.
“Jadi, pertemuan Agong dengan Ambiga tidak menjadi Bersih 2.0 sebagai pertubuhan yang sah . . . ia tidak bermakna Bersih 2.0 kini sebuah pertubuhan yang sah. Tiada mekanismes sedemikian, anda masih perlu mendaftarkan dengan Pendaftar Pertubuhan terlebih dahulu,” katanya.
Menteri itu mengesahkan kerajaan sebenarnya telah menyediakan titah campur tangan minggu lalu tetapi tidak bersetuju bahawa baginda telah meminda dan mengeluarkannya tanpa memberi notis kepada pentadbiran Najib.
“Tidak benar. Ia telah diteliti dan perdana menteri sedar (tentang teks titah),” kata menteri itu.
Dalam titah kenyataan Ahad lalu, Tuanku Mizan bertitah agar setiap permasalahan yang timbul — dalam isu semasa merujuk kepada tuntutan Bersih 2.0 — diselesaikan secara rundingan dan tidak mengikut perasaan.
Baginda juga menyeru kepada pihak kerajaan agar melaksanakan segala amanah yang diberikan secara adil dan bijaksana dan “yang pentingnya.”
“Hakikatnya demonstrasi jalanan banyak membawa keburukan daripada kebaikan walaupun niat asalnya baik,” titah baginda dalam satu kenyataan.
Titah baginda itu muncul sehari selepas Putrajaya mengisytiharkan Bersih 2.0 sebagai pertubuhan haram manakala enam pemimpin dan ahli Parti Sosialis Malaysia ditahan di bawah Ordinan Darurat.Himpunan Bersih 2.0 dirancang untuk diadakan esok.
Malah Tuanku Mizan bertitah rakyat harus menumpukan kepada matlamat utama memajukan negara, bukannya mencipta masalah yang membuat negara berada terkebelakang.
“Ingatlah bumi mana yang tidak ditimpa hujan, lautan mana yang tidak bergelora,” titah baginda.
“Itulah pentingnya sifat kesederhanan dan tolak ansur yang telah begitu lama diamalkan oleh warisan pentadbiran negara,” titah baginda.

Isnin, 20 Jun 2011



NURUL IZZAH : IBRAHIM ALI PENGECUT UGUT KAUM CINA
KUALA LUMPUR, 20 Jun — Nurul Izzah Anwar menyifatkan Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali sebagai pengecut kerana mengugut kaum Cina menjelang Himpunan Bersih 2.0 yang akan diadakan 9 Julai ini.
“Ugutan-ugutan macam ini hanya dibuat oleh seorang pengecut,” kata beliau sambil berkata pihak berkuasa telah gagal untuk mengambil tindakan sewajarnya ke atas wakil rakyat itu sebelum ini.
“Sementara saya percaya bahawa kita harus menghormati hak setiap rakyat Malaysia untuk bercakap dengan bebas, kebebasan bukan sesuatu yang boleh disalahgunakan atau boleh digunakan tanpa rasa tanggungjawab.
“Oleh itu, saya sangat kecewa dengan kata-kata bersifat menghasut dan bahasa kesat digunakan oleh Datuk Ibrahim Ali (gambar), berkaitan dengan Himpunan Bersih 2.0,” kata Naib Presiden PKR ini kepada The Malaysian Insider.
Sehubungan itu, Nurul Izzah berkata, rakyat Malaysia tidak harus takut dengan ugutan Ibrahim yang dibuat semalam.
“Jangan kita takut untuk berdiri tegas atas apa yang kita percaya. Jangan kita tidak terhalang demi kebaikan Malaysia,” kata Ahli Parlimen Lembah Pantai ini.
Seorang lagi Naib Presiden PKR, Chua Tian Chang melahirkan respons berbaur menyindir berhubung ugutan Ibrahim yang menyasarkan kaum Cina.
“Terima kasih atas keprihatinan beliau ke atas orang Cina. Jika sesuatu berlaku, semua akan menerima kesan, betul? Tetapi Datuk Ibrahim Ali hanya risau mengenai keselamatan orang Cina, sangat mengambil berat (mengenai orang Cina),” katanya lagi.
Semalam, Ibrahim yang juga Ahli Parlimen Bebas Pasir Mas bersama 164 badan bukan kerajaan (NGO) melancarkan “perang” terhadap Himpunan Bersih 2.0 dengan membakar gambar Pengerusi Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil Datuk Ambiga Sreenevasan dan memberi amaran kepada kaum Cina agar jangan keluar pada 9 Julai ini atas alasan “apa sahaja boleh berlaku.”
Ibrahim menegaskan, perhimpunan anti-Bersih 2.0 yang bakal diadakan serentak akan diteruskan dan beliau tidak akan bertanggungjawab atas sebarang insiden tidak diingini.
“Cuba bayangkan jika berlaku huru-hara... jika himpunan Bersih 2.0 tidak dibatalkan, saya percaya kaum Cina perlu simpan bekalan makanan.
“Ya, apa sahaja boleh berlaku. Dan, saya minta agar polis mengambil apa sahaja tindakan dan gunakan kuasa mereka untuk bertindak,” katanya semasa melancarkan Gerak Aman semalam.
Bersih bersama Pakatan Rakyat dan aktivis parti bersedia menggerakan Himpunan Bersih 2.0 menuntut pilihan raya adil dan bebas sebagai kesinambungan himpunan yang kali pertama diadakan pada November 2007.
PAS telah berjanji akan menggerakkan 300,000 peserta untuk menyokong perhimpunan itu untuk mendesak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengadakan pilihan raya adil dan bebas pada pilihan raya umum ke-13 tidak lama lagi.

Ahad, 19 Jun 2011



PKR DESAK TIMBALAN PRESIDEN SPR UNDUR JIKA GAGAL BUKTI DAFTAR PEMILIH BERSIH



SHAH ALAM, 19 Jun — PKR menggesa timbalan pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Wira Wan Ahmad Wan Omar meletakkan jawatan jika tidak dapat membuktikan daftar pemilih induk yang diwartakan bulan lalu adalah bersih seratus peratus daripada pengundi hantu.
Wan Ahmad diberi kata dua 48 jam membuktikan perkara itu.
Sambil menjadikan contoh di bahagian Parlimen Gombak diwakilinya, timbalan presiden PKR Azmin Ali berkata SPR perlu membuktikan dakwaan dibuat beliau hari ini adalah tidak benar.
Dalam kenyataannya hari ini, Azmin (gambar) berkata, rumah diduduki ibunya di Kampung Klang Gate dekat sini mempunyai 11 pemilih berdaftar iaitu enam Melayu dan lima Cina.
“Emak saya tinggal seorang diri sejak ayah saya meninggal dunia pada 1999.
Sekarang saya ada (lima) adik-beradik Cina (pengundi kalangan kaum Cina) di rumah emak saya,” kata beliau ketika berucap pada Konvensyen Pilihan Raya PKR 2011 di sini hari ini.

Jumaat, 17 Jun 2011

PILIHANRAYA MASJID PULAU PINANG DITANGGUHKAN ATAS TITAH AGONG
KUALA LUMPUR, 17 Jun — Pemilihan jawatankuasa kariah masjid di Pulau Pinang yang dijadualkan diadakan pada esok dan lusa ditangguhkan buat sementara waktu sehingga satu keputusan rasmi dibuat.
Menurut Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Negeri Abdul Malik Abul Kassim, penangguhan itu dibuat selepas Yang Dipertua Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAIPP) Ellias Zakaria menghadap Yang di-Pertuan Agung Tuanku Mizan Zainal Abidin di Istana Negara pagi tadi.
“Saya telah diberitahu melalui telefon oleh Yang Dipertua Majlis Agama Islam Pulau Pinang bahawa hasil daripada satu pertemuan yang telah diadakan di Istana Negara pagi ini, Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong telah menitahkan pemilihan jawatankuasa kariah masjid ditangguhkan buat sementara waktu.
“Oleh yang demikian pemilihan yang dijadulkan pada esok dan lusa ditangguhkan,” katanya dalam satu kenyataan.
Pemilihan jawatankuasa kariah masjid yang julung kali diadakan itu menggunakan kaedah pilihan raya.
Kaedah yang digunakan kerajaan negeri Pakatan Rakyat itu dikritik pemimpin-pemimpin Umno.
Tambah Abdul Malik, MAIPP akan mengadakan satu mesyuarat khas bagi membincangkan perkara itu.
Laporan Bernama Online menyebut seramai 4,485 calon telah menawarkan diri untuk mengisi 4,530 jawatan di 151 daripada 200 masjid di Pulau Pinang dalam pemilihan jawatankuasa kariah masjid yang pertama kali diadakan.
Abdul Malik sebelum ini berkata pengundian akan berlangsung semasa mesyuarat agung masjid-masjid esok dan 34 buah masjid tidak akan mengadakan pemilihan kerana anak-anak kariahnya telah mengadakan kompromi manakala lapan buah lagi tidak menghantar borang pencalonan selepas pencalonan ditutup pada 7 Jun.
Menurut laporan itu juga, Abdul Malik juga berkata pilihan raya masjid itu menepati Seksyen 22 (4) Enakmen Majlis Agama Islam Pulau Pinang.

Rabu, 15 Jun 2011

JAMIL KHAIR: 135 TIDAK SAH MASUK ISLAM, BUKAN MURTAD


KUALA LUMPUR, 15 Jun – Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom hari ini menjelaskan, isu 135 Muslim meninggalkan Islam antara 2000 hingga 2010 adalah tidak benar kerana ia hanya membabitkan isu tidak sah masuk Islam.
Beliau berkata, 135 kes tersebut bukanlah kes Muslim meninggalkan Islam tetapi kes tersebut telah di daftar di bawah kes murtad.
“Sebenarnya tidak timbul soal murtad. 135 kes yang dikatakan keluar dari Islam atau murtad tidak ada. Isu itu sebenarnya mengenai individu yang memohon ingin keluar dari Islam, tetapi mereka tidak sah masuk Islam. Jadi kes itu didaftar dibawah kes murtad,” katanya kepada The Malaysian Insider malam ini.
Jelasnya lagi, “bila orang pergi ke mahkamah, mereka memohon untuk keluar daripada Islam (murtad). Tetapi mahkamah dapati dia sebenarnya tidak sah masuk Islam. Jadi kes murtad itu tidak timbul.”
Jamil (gambar) berkata, terdapat kekeliruan yang berlaku berikutan jawapan yang diberinya adalah jawapan bertulis.
Beliau turut kesal kerana terdapat segelintir pihak yang dilihat cuba memainkan isu ini.
Semalam, terdapat laporan yang mengatakan kerajaan persekutuan membenarkan 135 Muslim meninggalkan Islam antara tahun 2000 dan 2010.
Jamil berkata seramai 686 Muslim telah mengemukakan permohonan di Mahkamah Syariah di seluruh negara untuk meninggalkan Islam sepanjang satu dekad itu.
Butiran lanjut tidak diberikan kecuali pecahan mengikut negeri.
Sabah mencatatkan jumlah tertinggi iaitu 237 membuat permohonan dengan 67 dibenarkan oleh mahkamah dan disusuli Negeri Sembilan (172, 33 diluluskan), Wilayah Persekutuan (56, 10) dan Pulau Pinang (36, 1).
Sarawak dan Terengganu merekodkan kes murtad terendah dengan masing-masing satu manakala tiada kes langsung di Kelantan.
“Dalam menangani isu murtad, Jabatan Agama Islam Negeri sentiasa mengadakan program dan aktiviti bagi mengelakkan insiden ini daripada berlaku khususnya di kalangan saudara baru.
“Antara program yang ditawarkan ialah perkhidmatan kaunseling, kelas pengukuhan agama, kelas-kelas agama dan sokongan Baitulmal,” kata Jamil dalam jawapan bertulis kepada Er Teck Hwa (Bakri-DAP).
Lazimnya, Muslim tidak dibenar meninggalkan agama di Malaysia kecuali dalam kes-kes tertentu seperti yang membabitkan saudara baru.

Isnin, 13 Jun 2011



BERSIH 2.0 DITERUSKAN, PERKASA DIDAKWA "MACAM CARA PENGGANAS"
KUALA LUMPUR, 13 Jun – Pengerusi Jawatankuasa Mobilisasi PAS, Mohamad Sabu menegaskan PAS tidak akan berganjak bersama Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) untuk mengadakan himpunan besar-besaran di ibu negara bulan depan.
Beliau yang juga timbalan presiden PAS (gambar) berkata meskipun kumpulan pendesak Melayu, Perkasa memberi amaran untuk menghalang, namun himpunan tersebut tetap akan diteruskan.
“Kita akan buat terus, dia (Perkasa) nak buat himpunan itu hak dia,” kata beliau dipetik Harakah Daily hari ini.
Terdahulu, Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali ketika ditemui wartawan di bangunan Parlimen memberitahu pihaknya akan melawan habis-habisan Himpunan Bersih 2.0 itu.
Sambil menyifatkan himpunan itu sebagai “mengacau”, Ibrahim turut memberi amaran akan membuat himpunan serupa bagi menghalang himpunan Bersih 2.0 tersebut walaupun terpaksa berlaku pertembungan.
Ibrahim yang juga Ahli Parlimen Pasir Mas juga mendakwa himpunan Bersih itu akan menimbulkan huru hara apabila ada pesertanya membaling batu dan membakar kereta.
Membidas kenyataan Ibrahim itu, Mohamad berkata, bukan Perkasa yang menentukan himpunan tersebut huru-hara atau tidak.
“Itu kerja polis la nak tentukan aman atau tidak. Datuk Ambiga (Pengerusi Bersih), sudah beri jaminan kita akan buat himpunan secara aman,” katanya.
Beliau turut memberi contoh himpunan Bersih 2007 menyaksikan himpunan berlangsung secara aman.
“Perkasa kalau nak buat juga himpunan, buat hari lain la, kita dah cadang tarikh ni lebih awal lagi,” katanya.
Dalam pada itu, ahli jawatankuasa Bersih 2.0 Dr Mohd Hatta Ramli menyifatkan tindakan Perkasa memberi amaran mahu bertembung dengan peserta himpunan Bersih sebagai tidak wajar.
“Kita tak pernah halang Perkasa nak berhimpun. Tapi berhimpun lah untuk memperjuang hak sendiri, bukan sebab nak halang kita semata-mata.
“Ini sudah isytihar perang secara fizikal. Bukan begini caranya, ini cara pengganas,” katanya.

Sabtu, 4 Jun 2011

ASRI: PRINSIP NEGARA ISLAM-BERKEBAJIKAN


GOMBAK, 4 Jun — Bekas mufti Perlis Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin menyifatkan PAS sudah mula memperlihatkan “kemajuan memberangsangkan” memandangkan ia sanggup mengakui bahawa dalam al-Quran tidak disebut negara Islam, cuma ditekankan ialah negara berkebajikan.
Muktamar PAS kali ini dilangsungkan dengan penekanan ke atas tema negara berkebajikan, susulan daripada manifesto pilihan raya umum parti itu tiga tahun lalu.
Katanya, sekian lama istilah negara Islam memisahkan PAS atau menyukarkan parti itu bergerak lebih ke hadapan, namun hari ini dengan kenyataan Hadi akan memberi nafas baru yang lebih luas dan fleksibel kepada PAS.
“Cumanya, saya sedang meneliti apakah maksud ‘negara kebajikan’ yang hendak diwujudkan. Saya percaya Presiden PAS ada kerangka yang jelas.
“Ahli-ahli hendaklah difahamkan terlebih dahulu sebelum membicarakannya secara meluas. Ini kerana negara berkebajikan mempunyai pelbagai gambaran,” kata beliau.
“Saya mengalu-alukan kenyataan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang semalam yang menyebut ‘apa yang penting adalah pelaksanaan. Kalau letak jenama saja tak laksana tak ada faedah. Kita mulakan dengan pelaksanaan negara berkebajikan, itu ada dalam al-Quran, Dia tak sebut negara Islam, Dia sebut negara berkebajikan’,” kata Asri dalam satu kenyataan hari ini.
“Bagi saya ini adalah satu kemajuan yang memberangsangkan dalam PAS,” kata beliau mengulas kenyataan Hadi semalam.
Secara umum, tambah beliau, dunia memahami negara berkebajikan adalah negara-negara yang memakai model nordik seperti di Norway, Denmark dan Sweden.
“Mungkin PAS ada model yang tersendiri. Apapun saya merasakan PAS akan dapat melangkah dengan lebih jauh dengan kenyataan tersebut,” katanya.
Pada sidang media selepas merasmikan Muktamar Tahunan PAS Ke-57 semalam, Hadi berkata, belum tiba masanya untuk parti itu meninggalkan usaha membentuk ‘negara Islam’, isu yang disifatkan sebagai duri dalam daging dalam hubungannya bersama DAP sebelum ini.
Hadi dipetik berkata, PAS akan meneruskan gagasan negara berkebajikan yang disepakatinya bersama komponen Pakatan Rakyat kerana perkara yang lebih penting adalah pelaksanaan dan bukannya menumpukan jenama ‘negara Islam’ itu semata-mata.
“Belum tiba masanya (tinggalkan usaha bentuk negara Islam). Apa yang penting adalah pelaksanaan. Kalau letak jenama saja tak laksana tak ada faedah. Kita mulakan dengan pelaksanaan negara berkebajikan, itu ada dalam Al-Quran, Dia tak sebut negara Islam, Dia sebut negara berkebajikan.
“Sebab itu kalangan DAP melihat sendiri kerjasama kita dengan mereka. DAP kata mereka minum arak, kita tak boleh larang dia. Kita bukan macam kalangan setengah (pemimpin) BN yang boleh minum arak sama,” katanya.
Semalam Hadi menyampaikan ucapan dasar presiden bertemakan “Membangun Negara Berkebajikan”.
Asri, pensyarah dari Universiti Sains Malaysia berkata, pada masa yang sama bererti PAS terus bersama dengan gerakan Islam lain di dunia ini yang mula keluar dari retorik negara Islam kepada realiti kenegaraan yang sebenar yang diperlukan oleh manusia.
“Ya, tiada dalam Islam istilah negara Islam atau daulah Islamiyyah seperti yang disangka oleh sesetengah pihak,” kata beliau sambil menambah, ia satu istilah yang muncul ketika kebangkitan umat Islam menghalau penjajah.
“Sebelum itu, kitab-kitab fekah Islam hanya menyebut Darul Islam atau wilayah Islam yang merujuk kepada wilayah yang dikuasai oleh umat Islam ketika itu.
“Apabila perkataan daulah Islamiyyah, kemudian diikuti dengan kebangkitan Revolusi Syiah di Iran, maka perkataan daulah islamiyyah ini mula dipopular oleh para pejuang politik islami di seluruh dunia,” katanya.
Kata Asri, disebabkan istilah ini juga mereka berbalah, bahkan menuduh pihak lain kurang islam disebabkan tidak bersama dalam perjuangan menegakkan daulah islamiyyah atau negara Islam itu.
“Walaupun kadangkala pertentangan ada asasnya, namun sebahagiannya hanya disebabkan perbezaan istilah yang dipakai,” kata beliau lagi.
Cuma, menurut Asri, sekian lama ramai gerakan Islam yang memperjuangkan istilah itu, mereka masih gagal menetapkan satu takrifan yang jelas dan realistik.
Katanya, gambaran yang terlalu ideal tentang kenegaraan menjadikan ‘negara Islam’ itu bagaikan satu khayalan yang tidak berpijak di bumi nyata.
“Kita boleh lihat khayalan Hizbul Tahrir yang cuba berkembang di negara kita pada hari ini. Ia bolehlah dikatakan ‘utopia state’ yang hanya wujud di minda, tidak mungkin pada realitinya.
“Alhamdulillah, apabila gerakan Islam — sebahagian mereka benar-benar terlibat sendiri secara langsung dengan politik kenegaraan, maka mereka mula sedar tentang realiti sebenar sesebuah pemerintahan,” kata beliau lagi.
Justeru, Asri juga berkata, politik kenegaraan dan seninya sentiasa berubah mengikut keperluan suasana, namun prinsipnya kekal.
“Ini kerana Islam satu agama realistik. Perjuangan politik dalam Islam, bukanlah perjuangan menegakkan jenama negara, tetapi menegak tanggungjawab dan prinsip-prinsip keadilan yang dikehendaki oleh Allah dan rasul-Nya,” katanya.
Kata beliau, “bukan penting pada jenama, tetapi pada isinya.”
Jelas tokoh agama muda ini, Islam agama yang menjamin keadilan, keamanan, memelihara rakyat dari munkar dan menegakkan kebaikan, menyebarkan kebajikan dan seterusnya.
“Itulah negara yang dikehendaki oleh Islam. Soal mekanisme hukum sama ada hudud atau tidak, dibincangkan setelah ditegakkan prinsip dan tanggungjawab utama, diwujudkan suasana yang kondusif yang memungkin keadilan dan keindahan hukum itu berfungsi.
“Bukan masanya lagi. Tangguhkan dahulu isu-isu makanisme, tumpukan kepada tanggungjawab dan prinsip utama kenegaraan,” katanya lagi.