Memaparkan catatan dengan label BERNAMA. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label BERNAMA. Papar semua catatan

Jumaat, 29 Julai 2011

HOSPITAL KUALA LUMPUR TERBAKAR , SEORANG PESAKIT MAUT
Wad kecemasan Hospital Kuala Lumpur (HKL) di Kuala Lumpur terbakar tengah malam tadi menyebabkan seorang pesakit maut, dipercayai akibat terhidu asap tebal.Pihak pentadbiran HKL ketika dihubungi Bernama hari ini mengesahkan kejadian itu tetapi akan hanya mengeluarkan kenyataan petang ini setelah maklumat sebenar mengenai kenyataan itu diperoleh.Penolong Pengarah Bahagian Operasi Bomba, Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur Azizan Ismail ketika dihubungi, berkata kebakaran dikatakan berlaku kira-kira pukul 12 tengah malam dan pihak Bomba menerima panggilan setengah jam kemudian."Anggota bomba tiba tujuh minit selepas mendapat panggilan dan ketika itu petugas HKL sedang bertungkus lumus memadamkan api serta mengeluarkan asap dari bilik itu kerana cuba menyelamatkan pesakit lelaki berkenaan."Selepas pihak bomba berjaya memadamkan kebakaran dan mengeluarkan asap dari bilik tersebut, mangsa didapati sudah tidak bernyawa."Pesakit lain yang berada di luar bilik berkenaan terpaksa dipindahkan ke bilik lain kerana dibimbangi asap tebal akan membahayakan nyawa mereka,” katanya.Azizan berkata, dua jentera bomba dari Balai bomba Chow Kit dan Sentul dengan 20 anggota terlibat dalam operasi memadam kebakaran. - Bernama

Khamis, 26 Mei 2011

GARA-GARA PIKAT ISTERI ORANG TELINGA DIPOTONG
NIBONG TEBAL, 27 Mei — Seorang lelaki berusia 47 tahun cedera parah apabila kedua belah telinganya dipotong kerana dipercayai menjalinkan hubungan sulit dengan isteri orang.
Lelaki yang bekerja sebagai peniaga daging khinzir itu dipercayai diserang dengan menggunakan senjata tajam hingga mengakibatkan kedua-dua telinganya terputus.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan, Supt Shafien Mamat dipetik Bernama Online berkata mangsa ditemui terbaring oleh anaknya dalam longkang berhampiran rumah mereka di Taman Kasawari, Simpang Ampat pada 8 pagi semalam.
“Hasil siasatan mendapati kejadian itu berpunca akibat perasaan cemburu berikutan mangsa dipercayai telah menjalin hubungan sulit dengan isteri orang,” katanya.
Polis telah menahan seorang lelaki berusia 46 tahun yang bekerja sebagai pemandu lori kira-kira dua jam kemudian selepas gerakan mencari suspek giat dijalankan setelah identiti lelaki itu dikenal pasti.
Kes itu akan disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana sengaja menyebabkan cedera parah dengan menggunakan senjata dan jika sabit kesalahan boleh dipenjara hingga 20 tahun dan denda atau sebat.

Ahad, 8 Mei 2011

ANAK KARTIKA DITEMUI MATI LEMAS

Sungai Siput 9 Mei-Mayat anak sulung bekas model sambilan Kartika Sari Dewi yang dilapor hilang dua hari lepas, ditemui terapung di Sungai Perak di Sungai Siput awal hari ini.Ketua Polis Daerah Sungai Siput Supt Azman Salim berkata mayat Muhammad Azfar Mohamad Afandi, 9, ditemui pasukan mencari dan menyelamat pada pukul 1 pagi tadi, kira-kira satu kilometer dari tempat mangsa dipercayai terjatuh.Mayat kanak-kanak itu dihantar ke Hospital Sungai Siput untuk bedah siasat dan dijangka dituntut keluarganya tengahari ini untuk dikebumikan di Kampung Jawang, Karai dekat Sungai Siput, katanya ketika dihubungi.Azman berkata kanak-kanak itu disedari hilang oleh keluarganya pada pukul 12 tengah hari Jumaat lepas, ketika tinggal di inap desa milik keluarga mereka di sini yang terletak berhampiran sungai tersebut.Gerakan mencari dengan bantuan pasukan Bomba dan Penyelamat, Jabatan Pertahanan Awam (JPAM), Rela dan penduduk kampung dilakukan sejurus menerima laporan kehilangannya, kata beliau.--Bernama