Rabu, 24 April 2013

SOKONGAN PADU ANAK-ANAK MUDA KEPADA YOP LAN MELONJAK KETAHAP TERTINGGI

SUNGAI SIPUT : Sokongan padu anak-anak muda kepada calun DUN Lintang Ir. Hj. Ahmad Mazlan Othman (Yop Lan) sejak akhir-akhir ini melonjak ketahap tertinggi dan tidak pernah berlaku dalam sejarah pilihanraya sebelum ini. Fonomena yang berlaku sejak kebelakangan ini amat mengerunkan UMNO/BN dimana golongan muda dan pertengahan berduyun-duyun datang memeberikan sokongan terbuka kepada Yop Lan. Ada diantara mereka secara sukarela menawarkan diri untuk membantu apa sahaja tugas yang sesuai bagi menghadapi pilihanraya.

Petang tadi disekitar jam 6.15 petang, 43 buah motosikal dan 12 buah kereta dan pacuan empat roda unit keselamatan mengiringi anak-anak muda berkonvoi dari Pekan Karai ke FELDA Lasah dan singgah di rumah Yop Lan di Simpang Trosor dalam suasana hujan disepanjang perjalanan.Menurut urusetia program, Mohtar Din sekiranya cuaca baik 104 peserta bermotosikal telah mendaftar sebagai peserta. Kesemua peserta diraikan oleh Yop Lan dalam satu majlis santai diperkarangan hadapan rumah beliau.

Difahamkan, tujuan utama konvoi berkenaan ialah untuk menyampaikan mesej sokongan padu golongan muda kepada Yop Lan bagi menghadapi pilihanraya umum ke-13. Dalam ucapan ringkas, Yop Lan mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua peserta yang mengikuti konvoi berkenaan dan sokongan padu mereka kepada beliau.

Pada masa yang sama, sukarelawan pilihanraya "Team Yop Lan" terus mendaftarkan diri sebagai petugas mengikut kemahiran dan kebolehan masing-masing.