Di Perak Menteri Besar Datuk Seri Dr
Zambry Abdul Kadir mengumumkan pembubaran DUN di kediaman rasminya di Ipoh pada
kira-kira jam 5.20 petang ini selepas mengadap Pemangku Raja Perak Raja Dr
Nazrin Shah di Istana Iskandariah di Kuala Kangsar pada pukul 3 petang ini.
Manakala di Sabah
pula, pengumuman mengenai pembubaran itu dibuat Ketua Menteri
Datuk Seri Musa Aman pada sidang akhbar kira-kira pukul 4 petang hari ini di
kediaman rasmi Ketua Menteri di Sri Gaya di Kota Kinabalu.
Di Melaka,
Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Ali Rustam mengumumkan pembubaran itu selepas
mengadap Yang Dipertua Negeri Tun Mohd Khalil Yaakob di pejabatnya di Seri
Negeri di sini pada 1 tengah hari bagi menyerahkan notis pengisytiharan
pembubaran DUN.
Di Perlis, Dewan Undangan Negeri Perlis dibubarkan serentak dengan pembubaran Dewan Rakyat bagi membolehkan pilihan raya umum ke-13 diadakan.