Selasa, 2 April 2013

DUN LINTANG DIWAKILI CALUN PROFESIONAL DARI PAS



SUNGAI SIPUT : 02 April,2013 -DUN Lintang  merupakan salah satu daripada kerusi tradisi PAS di Perak, dalam PRU 12 sebelum ini ditandingi oleh calun dari PKR. Pada  pilihanraya ke 13 kali ini akan ditandingi semula oleh calun PAS. Pada pilihanraya umum 2008 lalu, calun PKR Mohamad Aun Yob Abas tewas kepada calun BN Ahmad Pakeh Adam hanya dengan majoriti 1,376 undi.
Mohamad Aun PKR mendapat 6,690 undi manakala Ahmad Pakeh Adam memperolehi sebanyak 8,066 undi.

Mengikut keputusan PRU 11&12, jumlah undi yang diperolehi calun BN 2004 (65.44%) 2008 (54.66%) menunjukan penurunan (10.78%) .Pakatan Rakyat memperolehi (27.01%) 2004 (45.34%) 2008 menunjukan peningkatan (18.33%) Perbezaan undi diperolehi BN cuma (9.32%).
Mengikut kaji penduduk “demografi” pecahan kaum, majoriti masyarakat di sini adalah Melayu (53.9%), Cina (20.41%), India (17.6%) manakala bakinya (8.9 %) adalah lain-lain kaum (orang asal). Melihat kepada perkembangan semasa dan mood pengundi masakini, rata-rata berpendapat peluang PAS untuk memenangi DUN Lintang pada PRU 13 sangat cerah.

Pakatan Rakyat menamakan Ir. Haji Ahmad Mazlan Othman dari PAS sebagai calun yang sungguh berwibawa, mesra rakyat dan amat mengambil berat permasaalahan masyarakat. Beliau adalah seorang Jurutera Perunding Profesional yang berpengalaman luas dalam berbagai-bagai bidang. Selain itu beliau juga mempunyai latar belakang agama yang baik. 

Pemilihan Ir. Haji Ahmad Mazlan Othman yang sinonim dengan panggilan Yop Lan merupakan anak tempatan tinggal di Kampung Talang Tengah Simpang Trosor Sungai Siput dekat sini.Isteri beliau juga merupakan anak jati FELDA Lasah .Ini diibaratkan masyarakat di sini sebagai 'sireh pulang ke gagang' untuk menabur bakti di kampung halaman sendiri, pernah berkhidmat dengan Jabatan Kerjaraya Kuala Kangsar dan Kementerian Pertahanan Kuala Lumpur selama 12 tahun disekitar tahun 1992 dan sekarang menceburi bidang perniagaan dan mempunyai “Firma Pembinaan”, syarikat IT” dan “Perusahaan Kubah” di Kuala Lumpur dan Ipoh.

PAS Kawasan Sungai Siput menerima baik keputusan yang telah dibuat PAS Pusat malah menyifatkan pemilihan Ir. Hj. Ahmad Mazlan Othman  sebagai tepat dalam usaha Pakatan Rakyat mahu menawan semula Negeri Perak yang telah dirampas UMNO/BN secara tidak sah. Sekiranya kemenangan memihak kepada Pakatan Rakyat dalam pilihanraya kali ini, bermakna satu kerusi DUN tambahan dapat disumbangkan bagi Negeri Perak.

Ir. Haji Ahmad Mazlan Othman bukan sahaja merupakan calon untuk DUN Lintang, malah beliau berpotensi besar untuk diketengahkan keperingkat Negeri..
Beliau sangat disegani oleh pimpinan PAS Kawasan Sungai Siput dan masyarakat di sini malah ianya  menjadi idola kepada anak-anak muda. Pada masa yang sama beliau telah berjaya memikat hati anak-anak muda dimana “TEAM YOP LAN” dan  pasukan bolasepak “LINTANG UNITED”telah dibentuk oleh beliau sendiri. Beliau juga berhasrat menjadikan pasukan bolasepak “Lintang United” sebuah pasukan yang disegani dirantau ini. Sebagai bukti baru-baru ini pasukan “Lintang United” telah berjaya menjadi juara menewaskan MIC Sungai Siput 2-0 dalam pertandingan bolasepak kalah mati dianjurkan  Persatuan Anak Jawang dekat sini.

Rakyat harus sedar, dalam arus pembangunan masakini pemimpin yang berjiwa besar,berwawasan dan berkelulusan tinggi seperti beliau sudah pasti dapat menyumbang dan membuat perubahan di DUN Lintang sekiranya terpilih. Mengikut rekod masa lampau, belum pernah ada wakil rakyat yang mewakili DUN Lintang setaraf dengannya. Pilihlah calun wakil rakyat yang benar-benar dapat membantu rakyat dan berlaku adil kepada semua rakyat tanpa mengira kaum dan fahaman yang berbeza. Bawalah angin perubahan di DUN Lintang, ini kalilah peluang yang terbaik bagi kita lakukan perubahan.    

Admin