SUNGAI SIPUT:
Peniaga Gerai makanan Razali Asari Gerai No.10 MDKK diperkarangan hadapan Pasar
Sungai Siput merasakan dirinya disabotaj oleh pihak UMNO/BN
sempena Perhimpunan Rakyat baru-baru ini dihadiri oleh Tan Sri Muhyiddin Yasin selaku
Timbalan Perdana Menteri dan pemimpin komponen BN yang lain.
Menurut Razali Asari,
pihak UMNO/BN melalui salah seorang pegawai MDKK telah menempah makanan di
gerai beliau untuk tetamu yang mengiringi lawatan berkenaan dan mengunakan
premis tempat beliau berniaga sebagai lokasi persinggahan induk. Khemah juga
dipasang dihadapan gerai beliau.
Apa yang mendukacitakan ialah tempahan makanan yang dibuat tidak dimakan, malah pihak penyedia makanan lain telah dipanggil menghidangkan makanan dilokasi yang sama. Akibat dari sikap tidak bertanggungjawab pihak yang membuat tempahan iaitu UMNO/BN Sungai Siput, mengakibatkan beliau menanggung kerugian dan tidak dapat meneruskan perniagaan pada hari tersebut kerana ruang premis perniagaan dipenuhi tetamu yang diundang mereka.
Menurut beliau, makanan yang ditempah dibuang begitu sahaja malah bayaran yang sepatutnya dibayar berjumlah RM 258.40 tidak dijelaskan hingga kehari ini. Kerugian-kerugian lain juga terpaksa ditanggung beliau antara lain pendapatan harian berniaga pada kebiasaannya sekitar RM 200.00, gaji pekerja dan perbelanjaan lain.
Sehubungan itu, mengulas lanjut peristiwa yang berlaku, beliau merasa amat kesal dianiaya dan dihina sedemikian rupa. Justeru katanya, pemimpin seperti ini sekiranya bertanding dalam pilihanraya mewakili UMNO/BN patut dihukum melalui kertas undi. .