BERILAH BANTUAN KEPADA YANG MEMERLUKAN
SUNGAI
SIPUT : Jentera Pilihanraya PAS diketuai Saudara Ahmad Puat Abd Ghani
selaku Pengarah Pilihanraya MTD Lintang mempunyai komitmen yang tinggi
bagi membantu dan mempermudahkan urusan orang ramai menyemak daftar
pemilih semasa mengiringi kunjungan Yop Lan di pasar sehari R&R
Salak dekat sini.
Pada masa yang sama salah seorang pengunjung telah meminta bantuan untuk menyemak status beliau sebagai pemilih.
Pengunjung
berkenaan mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada PAS yang
telah menyediakan perkhidmatan sedemikian bagi mempermudahkan urusan orang ramai .