SAIFUDDIN: GENERASI PENGUNDI REALITI BARU PENENTU ARAH ALIRAN UNDI PRU-13

Beliau yang juga Timbalan Menteri Pengajian Tinggi berkata, kumpulan yang terdiri daripada golongan muda seperti mahasiswa dan profesional muda ini tidak memihak kepada mana-mana parti politik, sebaliknya mereka akan membuat keputusan untuk memilih mana-mana parti yang dilihat memberikan keutamaan terhadap hak dan kepentingan mereka.
“Mereka ini bukan lahir sebagai penyokong Pakatan dan kerajaan, tetapi lahir daripada ‘online lifestyle’ dan trend masa kini.
“Atas kesedaran baru sosial ini, kumpulan tidak formal ini membentuk satu kumpulan di dunia maya untuk dinyatakan ke dalam realiti dan mengeluarkan idea antibirokrasi yang wujud dalam pemerintahan,” tegasnya dalam wacana anjuran Kumpulan Media Karangkraf hari ini.
Menurut Saifuddin (gambar), kumpulan ini juga memahami konsep demokrasi dan berpegang kepada prinsip politik bukan sekadar pilihan raya semata-mata, sebaliknya mementingkan partisipasi politik yang sebenar.
“Orang muda masih yakin dengan Umno, sekiranya parti itu melakukan transformasi dan kepimpinannya tidak hidup dalam dunia politik yang konvensional,” katanya lagi.
Jelasnya lagi, generasi muda kini menuntut segala tindakan kerajaan melihatkan keputusan yang jelas, bukannya sekadar retorik semata-mata.
“Bukan hanya kerajaan Barisan Nasional (BN) berhadapan dengan perkara ini, tetapi juga Pakatan Rakyat.
“Mereka ini mahu suara mereka didengar dan tindakan segera diambil terhadap tuntutan dan suara mereka itu,” katanya lagi.
Tambahnya, sekiranya perkara itu tidak dipenuhi, mereka akan menghukum kedua-dua pihak dan kerana itu mereka merupakan kumpulan sasaran pakatan dan kerajaan untuk memenangi pilihan raya umum