
PEMUDA PERIHATIN "JOM KE SEKOLAH"
KUALA KANGSAR : 26 Disember, 2011 - Lajnah Kebajikan Dewan Pemuda PAS Perak dengan kerjasama Dewan Pemuda PAS Kawasan Sungai Siput telah melancarkan program "PEMUDA PERIHATIN" -Jom ke Sekolah. Pengerusi Lajnah Kebajikan Dewan Pemuda PAS Perak merangkap Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan Sungai Siput AF Ustaz Isran Fahmi Ismail ketika dihubungi berkata, program seperti ini adalah menjadi program tahunan pemuda dimana seramai 19 orang anak-anak yatim dan golongan pelajar yang kurang kemampuan diseluruh Dewan Undangan Negeri Lintang telah menerima sumbangaan pakaian sekolah lengkap, beg dan alatulis.
Program dilancarkan diperkarangan hadapan Pasaraya SAKAN, Kuala Kangsar pagi ini. AF Ustaz Isran Fahmi diiringi Setiausaha Dewan Pemuda Kawasan Sungai Siput saudara Mior Wan Faizi bin Mohamad, Bendahari dan Jawatankuasa Dewan Pemuda Kawasan Sungai Siput. Beliau mengucapkan jutaan terima kasih kepada penyumbang-penyumbang yang perihatin dengan nasib golongan anak-anak yatim dan kurang kemampuan.
Dalam masa yang sama Dewan Pemuda PAS Kawasan Sungai Siput juga ada menghulurkan sumbangan bulanan berupa barang keperluan dapur kepada keluarga miskin yang terpilih dan sumbangan beras kepada golongan lain yang kurang kemampuan disekitar Dewan Undangan Lintang.