Sabtu, 3 Disember 2011

PARTI ISLAM MENANG PILIHANRAYA

Parti Islam PJD menang pilihan raya Morocco

PAS turut mengucapkan tahniah kepada Parti Keadilan dan Pembangunan (PJD) yang dilaporkan memenangi jumlah terbesar kerusi dalam pemilihan parlimen Morocco.

Kemenangan parti berteraskan Islam ini sebagai petanda positif rakyat yang kini mahu berubah untuk menerima parti Islam sebagai pemerintah," kata Pengerusi Lajnah Antarabangsa PAS Pusat, Datuk Kamaruddin Jaffar.

Tokoh berpengaruh parti Islamik moderat Morocco itu, Lahcen Daodi mendakwa, berdasarkan laporan yang disampaikan mereka memenangi pilihan raya di Rabat, Casablanca, Tangier, Kenitra, Dijual, Beni dan Sidi Ifni Mellal dan beberapa tempat lainnya.

PJD akan menjadi parti Islam moderat yang kedua yang memimpin pemerintah Afrika Utara sejak awal pemberontakan Musim Semi Arab menyusul Tunisia.

Keseluruhan kerusi parlimen yang dipertandingkan bagi pilihan raya kali ini adalah 395 kerusi parlimen dan PJD didakwa memenangi lebih separuh darinya.

Dalam perkembangan lain, Pilihanraya Mesir: Parti Ikhwanul-Muslimin dahului Kiraan Undi

Pergerakan Ikhwanul Muslimin mendakwa parti politik baharunya, Parti Kebebasan dan Keadilan (FJP) mendahului keputusan awal pilihan raya parlimen Mesir.

Ikhwanul Muslimin pernah diharamkan semasa pemerintahan Presiden Hosni Mubarak yang meletak jawatan semasa gelombang kebangkitan rakyat Mesir pada Februari lalu.

Sebelum ini, parti Ikhwanul Muslimin di Mesir sempat mengancam akan memboikot peilihanraya apabila undang undang darurat Mesir yang dilaksanakan di era kepemimpinan Husni Mubarak tidak dibatalkan.

Populariti parti Ikhwan semakin meningkat di Mesir. Partai tersebut dianggap sebagai parti yang akan membawa perubahan di negara tersebut.

Proses mengundi hingga sekarang ini (semalam), keputusan awal menunjukkan FJP sedang mendahului parti-parti lain, kata satu kenyataan Ikhwanul Muslimin.

Tercatat 55 buah parti politik ikut serta di dalam pemilihan tersebut dimana sebanyak 498 parlimen kerusi dipertandingkan dan Ikhawanul Muslimin sudah berjaya memperolehi 40 peratus suara dalam pemilihan umum tersebut, dilapurkan Reuters.

Mesir telah mencapai kemerdekaan pada tahun 1992 yang memiliki sekitar 80 juta penduduk merupakan bekas negara naungan British.

DISANA-SINI SELURUH DUNIA PARTI ISLAM MENANG

Parti Islam SeMalaysia (PAS) bersama Pakatan Rakyat menunggu giliran menggantikan BN untuk memerintah Malaysia kita tunggu dan lihat pilihanraya umum ke-13 dijangkakan boleh berlaku bila-bila masa sahaja dari sekarang.
Sungguh benar janji Allah:


Bahawa bumi itu akan di warisi oleh hamba-hamba-Ku yang salih. [Suratul Anbiya: 105]