Khamis, 1 Disember 2011

ANAND KRISHNAN : 30 TAHUN DALAM MIC KINI BERSAMA DHPP SUNGAI SIPUT

SUNGAI SIPUT : Pemegang jawatan penting dalam MIC bersama-sama bekas Presiden MIC, Dato' S. Samy Vellu, Anand Krishnan mengambil keputusan meninggalkan MIC dan menyertai Dewan Himpunan Penyokong PAS Kawasan Sungai Siput. Beliau semakin hilang kepercayaan pada BN khususnya MIC setelah melihat pelbagai kepincangan yang berlaku dalam negara. Ujarnya lagi, BN tidak jujur memperjuangkan nasib rakyat. Beliau melihat, kebajikan rakyat lebih terbela tanpa mengira kaum dibawah pemerintahan Pakatan Rakyat.

Dalam masa yang sama, beliau lebih yakin dengan perjuangan PAS, parti yang bersifat jujur dan ikhlas dan menjaga kepentingan rakyat seluruhnya , katanya ketika memberi ceramah bersama-sama bekas Ketua Pengarah Pelajaran Perak, Dato' Adnan Ibrahim dalam program "JOM MASUK PAS" di Lasah, Sungai Siput 26 November 2011 baru lalu.