Isnin, 7 November 2011







GERAKKAN SEGERA JENTERA PILIHANRAYA : “JANGAN TUNGGU GENDANG PERANG DIPALU"

SUNGAI SIPUT- 7 November, 2011: Pengarah Jabatan Pilihanraya PAS Kawasan Sungai Siput Saudara Ahmad Puat bin Abd. Ghani ketika dihubungi meminta seluruh jentera Unit Peti Undi (UPU) Kawasan Sungai Siput bersiap sedia untuk menghadapi pilihanraya umum ke 13 dijangka akan diadakan pada tahun ini..

Menurutnya, jentera UPU di seluruh Kawasan Sungai Siput perlu bersiap sedia bagi menghadapi pilihanraya umum kali ini . Beliau berharap persediaan yang semaksima mungkin dapat diberikan bagi membolehkan PAS memenangi kerusi DUN Lintang yang ditandingi calun PAS kali ini.

Kita mesti bekerja keras dan menyeru semua jentera digerakkan segera kerana PRU ke-13 sudah terlalu hampir. Seluruh jentera diperingkat UPU perlu bersiap sedia menjalankan tugas yang diamanahkan supaya kita mampu membuat satu kejutan dengan memenangi kerusi DUN Lintang dan mengekalkan kemenangan di DUN Jalong ditandingi calun DAP dan seterusnya mengekalkan kerusi Parlimen Sungai Siput yang dimenangi sebelum ini. Beliau berharap PAS dapat menyumbang satu kerusi DUN Lintang dalam pilihanraya kali ini bagi membolehkan Pakatan Rakyat menambah kerusi yang dimenangi dan seterusnya dapat memerintah semula NegeriPerak.

Saudara Ahmad Puat Abd Ghani berkata demikian sewaktu melawat Bilik Gerakan UPU Kampung Loh, Karai . "Kita tidak boleh leka dan hanya menunggu `gendang perang' dipalu ketika Parliman dan Dewan Undangan Negeri dibubarkan baru mahu menggerkkan jentera, jika itu berlaku kita akan menyiapkan diri untuk kalah, kerana itu menjadi tugas semua pihak khususnya jentera pilihanraya perlu bergerak dan sentiasa bersiap sedia untuk menghadapi pilihanraya pada bila bila masa.