Rabu, 28 September 2011



UCAPAN TERIMA KASIH KEPADA TETAMU YANG SUDI BERKUNJUNG KERUMAH SAYA SEMPENA MERAIKAN MAJLIS KENDURI PERKAHWINAN AMIRUL NIZAM MOHTAR & PASANGANNYA SUHAIDAA BT DAWI DARI DUNGUN, TRENGGANU.
Saya seisi keluarga ingin mengambil kesempatan ini merakamkan ucapan jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua tetamu yang sudi hadir dari jauh dan dekat meraikan Majlis Kenduri sempena Perkahwinan anak lelaki kami di Loh, Karai.

Tidak lupa kepada pimpinan PAS disemua peringkat Kawasan Sungai Siput terdiri dari Yang Dipertua , Timbalan Yang diPertua, Naib Yang diPertua, Setiausaha, Ketua Dewan Pemuda ,Muslimat, Jawatankuasa PAS Kawasan dan ahli-ahli PAS dari jauh dan dekat serta masyarakat setempat dan luar yang sudi meluangkan masa meraikan majlis .

Terima kasih juga kepada Pasukan Kompang Sayong Lembah, Pasukan Gendang Silat "TUNAS HARAPAN" dari Talang, Kuala Kangsar yang turut memeriahkan lagi majlis menyambut pengantin dari Dungun, Trengganu.

Kepada petugas-petugas sukarela, tukang masak anak-anak tempatan dan luar yang sudi bergotong royong bagi menjayakan majlis. Tidak lupa juga kepada kaum keluarga dan sahabat handai dari jauh dan dekat yang bertungkus lumus menjayakan majlis diucapkan jutaan terima kasih. Jasa baik anda sekalian dido'akan semoga ALLAH memberikan ganjaran yang setimpal.