Selasa, 13 September 2011


DR. MAHATHIR CANSELOR PERTAMA UNIVERSITI PERDANA
2011/09/13
NAJIB menyaksikan penyerahan surat pelantikan sebagai Canselor Universiti Perdana kepada Dr Mahathir oleh Pengerusi Lembaga Pengelola Universiti Perdana, Tan Sri Dr Mohan Swami di Serdang, semalam.KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dilantik sebagai Canselor pertama Universiti Perdana, institusi pengajian tinggi yang dibangunkan menerusi projek kerjasama awam swasta, diusahakan oleh Unit Kerjasama Awam Swasta (UKAS) dan Academic Medical Centre Sdn Bhd (AMC). Pelantikan Dr Mahathir itu dibuat pada majlis pelancaran universiti yang dirancang menjadi hub pendidikan, penyelidikan dan perkhidmatan kesihatan, disempurnakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak di Bangunan MAEPS, Kompleks MARDI, Serdang, semalam.