Isnin, 19 September 2011

DATUK DR HASAN ALI MASUK UMNO TIDAK BENAR
Khabar angin pemimpinnya Datuk Dr Hasan Ali akan keluar parti dan menyertai Umno tidak benar.
Pesuruhjaya PAS Selangor Dr Abd Rani Osman berkata, berdasarkan komitmen yang ditunjukkan pada perjuangan parti Islam itu selama ini, perkara itu tidak akan menjadi kenyataan. "Saya rasa itu adalah gendang yang dipalu oleh pihak tertentu dan kami tidak perlu menari ikut dendangan itu," katanya.

Cakap-cakap Dr Hasan mahu menyertai Umno kembali menjadi buah mulut apabila beliau dikatakan mengadakan pertemuan dengan Naib Presiden Umno Datuk Seri Hishammuddin Hussein bagi membincangkan perkara itu minggu lalu.

Dr Hasan bagaimanapun kelmarin menafikan akan keluar parti atau pernah mengadakan pertemuan dengan Hishammuddin, seperti yang tersebar di pelbagai laman blog.
azlan
Kedudukan Dr Hasan dalam PAS negeri juga sebelum ini menjadi tanya tanya apabila beliau dikatakan tidak menerima lantikan sebagai anggota jawatankuasa.

Beliau bagaimanapun menjelaskan tidak menerima surat perlantikan secara rasmi dan oleh itu tidak berhajat hadir diri dalam mesyuarat negeri supaya tidak dilihat "hidung tak mancung, pipi tersorong-sorong" .