SUNGAI SIPUT 27 JULAI,2011
PAS Cawangan Kampung Loh, Karai telah berjaya menganjurkan "HARI KELUARGA PAS" 2011 pada 24 Julai yang baru lalu bertempat diperkarangan rumah Saudara Mohtar Din Setiausaha Cawangan di Kampung Loh. Program telah dirasmikan oleh Saudara Adam bin Ngah Naim selaku Yang Dipertua PAS Kawasan Sungai Siput. Majlis perasmian telah berlangsung jam 9.30 pagi diikuti penyampaian 36 Sijil Ahli PAS baru terdiri dari golongan pemuda.
Dalam masa yang sama, PAS Cawangan Kampung Loh amat berbesar hati dan berterima kasih kepada Tuan Haji Hashim bin Salim selaku Ketua Cawangan telah bermurah hati menyumbangkan sebuah gelanggang Sepak Takraw dengan kos pembinaan melebihi RM 4,000.00 . Perasmian Gelanggang Sepak Takraw telah berlangsung dalam suasana penuh simbolik dimana Pasukan PAS Cawangan Loh terdiri dari Tuan Haji Hashim Salim tekong , Sdr. Mohd Mustafa apit kanan dan Hj Azally apit kiri melawan Pasukan PAS Kawasan Sungai Siput terdiri dari Sdr. Adam Ngah Naim tekong, Hj. Zakaria Alang Ibrahim apit kanan dan sdr. Hj. Ahmad Najib apit kiri. Tapak program ini bakal akan menjadi tapak rasmi setiap program yang dianjurkan oleh PAS cawangan.

Ketua dan barisan pimpinan PAS Cawangan mengucapkan terima kasih kepada Yang Dipertua PAS Kawasan Sungai Siput Saudara Adam Ngah Naim, Setiausaha Tuan Haji Zakaria bin Alang Ibrahim, Ketua Urusan Ulama Saudara Fadzil bin Abd Rahman, AF Ustaz Fahmi Ismail Ketua Dewan Pemuda ,Ketua Dewan Muslimat Hajjah Selamah Itam Yacub dan Timbalan Ketua Puan Latifah bt. Ahmad dan 15 orang Jawatankuasa PAS Kawasan yang turut hadir memberi sokongan moral.Program "Hari Keluarga PAS" diperingkat cawangan ini julung-julung kali diadakan dan telah mendapat sambutan kehadiran dan penyertaan diluar jangka.
Pihak penganjur telah merangka beberapa acara untuk semua golongan dari peringkat pra-TADIKA kebawah, kanak-kanak, pemuda, muslimat dan golongan veteran lelaki 60 tahun ke atas. Antara lain acara yang disediakan ialah pertandingan mewarna gambar peringkat TADIKA, Tahap 2 &3 ,Pertandingan melukis gambar Tahap 4 hingga 6 & Tingkatan 1 hingga 3, Pertandingan menulis sajak, Pertandingan "Hasil Masakan" lauk berasaskan daging, sayur kampung dan kueh limas untuk muslimat . Acara yang paling popular ialah "BOWLING TIN' untuk golongan muslimat , muslimin 59 tahun kebawah dan 60 tahun ke atas. Selain dari itu, acara pemuda yang paling ramai penyertaan ialah "Sepak Takraw Kalah Mati" dan Sepak Raga Ratus. Semua acara yang dipertangingkan diiringi dengan hadiah dan wang tunai untuk acara kanak-kanak. Hadiah Saguhati juga disediakan untuk penyertaan "Hasil Masakan" dan acara kanak-kanak. Majlis Penyampaian hadiah telah berlangsung jam 6.30 petang dan hadiah untuk para pemenang telah disampaikan oleh Ketua Urusan Ulama, Ketua Dewan Pemuda, Ketua Muslimat & Timbalan Ketua Muslimat dan Jawatankuasa Kawasan. Acara penutup ialah Hadiah Cabutan Bertuah yang disumbangkan oleh Hj Fadzir Majid. Penaja utama program "Hari Keluarga PAS" telah disumbangkan oleh Tuan Haji Hashim bin Salim selaku Ketua cawangan.