Khamis, 7 Julai 2011



POLIS : PERINTAH MAHKAMAH HALANG 91 INDIVIDU
Polis Kuala Lumpur mendapat perintah larangan daripada majistret untuk menghalang 91 pemimpin daripada tiga kumpulan utama yang merancang untuk berhimpun pada 9 Julai.
Perintah berkenaan melarang semua individu tersebut – daripada PERKASA, BERSIH 2.0 dan PATRIOT supaya tidak hadir atau mengambil bahagian dalam perhimpunan berkenaan.
Timbalan ketua polis Kuala Lumpur Senior Asisten Komisioner Datuk Amar Singh Ishar Singh (kanan, tengah) berkata, pelanggaran perintah berkenaan merupakan satu kesalahan di bawah Seksyen 188 Kanun Keseksaan.
"Perintah larangan ini adalah untuk mengelakkan dari perbuatan yang boleh mengganggu ketenteraman awam atau mendatangkan bahaya kepada nyawa atau keselamatan manusia," katanya yang membacakan satu kenyataan.
Seramai 66 orang invididu yang dinamakan dalam perintah larangan bagi kumpulan BERSIH 2.0 termasuk pengerusinya

Datuk Ambiga Sreenevasan, timbalan presiden PAS Mohamad Sabu dan aktivis Hishamuddin Rais.
Seramai 14 orang daripada kumpulan PERKASA pula termasuk presidennya

Datuk Ibrahim Ali serta barisan pemimpin tertingginya – Datuk Ab Rahman Ab Bakar dan Syed Hassan Syed Ali.
Polis turut mendapat perintah larangan bagi menghalang seramai 11 orang pemimpin pemuda Umno yang mendukung Perhimpunan PATRIOT termasuk ketuanya

Khairy Jamaluddin Abu Bakar serta Datuk Megat Firdouz Megat Junid dan Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican.
Turut disenaraikan adalah beberapa pemimpin Pakatan Rakyat seperti

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim,

Mursyidul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat dan pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang.

Kawasan berhimpun
Perintah berkenaan turut menyenaraikan kawasan komersial Kuala Lumpur yang dikenalpasti polis sebagai kawasan berhimpun bagi kumpulan berkenaan.
Kawasan berkenaan termasuk sekitar kawasan The Mall, KLCC, Sogo, Maju Junction, Dataran Merdeka, Masjid Negara dan juga Istana negara, kata Amar Singh lagi dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur petang ini.
Ketika ditanya, Amar Singh berkata perintah yang diperolehi semalam daripada Majistret Kuala Lumpur itu merupakan satu langkah pencegahan bagi menghalang pemimpin berkenaan daripada hadir ke kawasan tersebut.
"(Jika berhimpun) di tempat lain tak jadi salah, hanya di tempat ini saja," katanya lagi yang menjelaskan individu berkenaan masih perlu memohon permit sekiranya ingin berhimpun di tempat lain.
Senarai penuh 91 individu
PerkasaIbrahim AliRahman bin Abu BakarSyed Hassan Syed AliIrawah Fahmi IderisRoslan KassimSharifuddin Abd HamidDr Zubir HarunAmeir HassanAhmad SaadAhmad Zaini IsmailMuhammad Zaid Md AripAbdullah MansorZaira JaafarNorkhaila JamaludinPemuda UmnoKhairy Jamaluddin Abu BakarMegat Firdouz Megat JunidReezal Merican Naina MericanMegat Zulkarnaian OmardinRizalman MokhtarTengku Azman Tengku Zainol AbidinLokman Noor AdamAbdul Azeez RahimUngku Saleh Ungku JamalArman Azha Abu HanifaTun Faisal Ismail AzizBersihAmbiga SreenevasanMohamad SabuHishamuddin Md RaisKhairul Anwar Ahmad ZainuddinMaria Chin AbdullahChua Tian ChangKamarulzaman MohamadDr Mohd Hatta Md RamliSyed Shahir Syed MohamudSyed Ibrahim Syed NohTeresa KokBadrul Hisha ShaharinShamsul Iskandar Mohd AkinArutchelvam SubramaniamWong Chin HuatOng Boon KeongEnalini ElumalaiHaris Fathillah Sathiasingam Mohd IbrahimKhalid YunusZulkifli NoordinDr Zubir HarunAbd Hadi AwangAnwar IbrahimLim Kit SiangNik Abdul Aziz Nik MatNurul Izzah AnwarKohila YanasekaranZaid KamaruddinKhoo Teng SweeFadiah Nadwa FikriYap Swee SengSalahuddin AyubMahfuz OmarNasarudin HasanMazlan AlimanDr Syed Azman Syed NawawiDr Dzulkifli AhmadDr Mujahid YusofKhalid Abd SamadMohammad Nizar JamaluddinAzman Shapawi Abd RaniSuhaizan KaiatNor Azli MusaMohd Firdaus JaafarLoke Siew FookLau Wen SanMohd Azmin AliMat Shuhaimi ShafieSatipul Bahari AmamtWan Hassan Mohd RamliMohamad Izzudin Hilmi Mohd ZainiMohd Shazni Munir Mohd IthninMuhammad Hilman IdhamMohd Shukri Che Ab RazabMohd Syukri KamaruddinAhmad Syazwan Muhammad HasanChoo Chon KaiSarasvathy MuthuSoh Sook HwaNurul Izham Nurul AnuarAbd Rahim OsmanMohd Sibri IsmailMohd Lukam MudaProf Kamaruddin KacharMohd Noor Nordin Abdullah