Jumaat, 15 Julai 2011

PAKATAN: BEBASKAN 6 DITAHAN DIBAWAH ORDINAN DARURAT

KUALA LUMPUR, 15 Julai — Pakatan Rakyat hari ini menggesa kerajaan membebaskan dengan segera enam pemimpin dan ahli Parti Sosialis Malaysia (PSM) yang masih ditahan di bawah Ordinan Darurat.
Mereka ditahan dua minggu sebelum perhimpunan Bersih 2.0.
“(Perhimpunan) 709 sudah berakhir. Tiada kes atau justifikasi untuk menahan (Ahli Parlimen Sungai Siput Dr Michael) Jeyakumar (Devaraj) atau enam (ahli) PSM,” kata Penasihat DAP Lim Kit Siang kepada pemberita selepas melawat Dr Jeyakumar.
Lim bersama Ahli Parlimen Kubang Kerian Salahuddin Ayub dan Ahli Parlimen Subang R. Sivarasa melawat Dr Jeyakumar di ibu pejabat polis di Bukit Aman hari ini.
“Ini (tindakan menahan mereka) telah menyebabkan imej buruk kepada negara dan perdana menteri,” kata Lim yang juga Ahli Parlimen Ipoh Timur MP.