Ahad, 19 Jun 2011




IBRAHIM ALI PATUT DITANGKAP, DIA YANG JADI PENGACAU BUKAN BERSIH

Ibrahim Ali dengan nada yang angkuh, sombong mendewa-dewakan Pekasa sebagai mempertahan dan memperjuangkan Melayu konon. Ibrahim sebenarnya tidak berhak menghalang perhimpunan BERSIH diteruskan sebagaimana dirancang. BERSIH telah memberi jaminan perhimpunan akan berjalan secara aman, tapi jangan cuba provokasi perhimpunan ini.Dalam masa yang sama Ibrahim Ali menggambarkan perhimpunan BERSIH jika diteruskan akan jadi huru-hara. Masyarakat Tionghua katanya, perlu menyimpan bekalan makanan dirumah sebagai persediaan kemungkinan berlaku huru-hara. Ini jelas merupakan satu ugutan dan menimbulkan suasana resah dikalangan rakyat. Kita merasa hairan, kenapa Ibrahim Ali perlu menghalang dan masuk campur urusan BERSIH. Dia hendak berhimpun kita tidak menghalang, jika dia mahu berhimpun ayoh teruskan. Apa hak dan bidang kuasa Ibrahim Ali untuk menghalang perhimpunan BERSIH dan meramalkan huru-hara dan sebagainya. Orang yang pertama perlu ditangkap ialah Ibrahim Ali kerana dia mengeluarkan kata-kata hasutan yang menimbulkan keresahan dikalangan rakyat terutama kaum Tionghua. Sebenarnya orang ramai tidak perlu bimbang, biarkan Ibrahim Ali menyalak dan mengugut, akhirnya rakyat boleh menilai siapa Ibrahim sebenarnya.