Rabu, 29 Jun 2011





DEMONSTRASI BERSIH DISUNGAI SIPUT: 2 ADUN DAN 12 YANG LAIN DITANGKAP
SUNGAI SIPUT, 29 Jun: Demonstrasi aman BERSIH diSungai Siput jam 8.45 pagi telah dicemari dengan gangguan pihak Polis menangkap 14 orang yang berpakaian kuning termasuk ADUN Teja, Chang Lih Kang, ADUN Jalong, Leong Mei Meng dan Timbalan Setiausaha PKR Negeri Perak, Tan Kar Hing. Setiausaha Sekretariat Pakatan Rakyat Sungai Siput merangkap Naib Yang Dipertua PAS Kawasan Sungai Siput Saudara Ahmad Puat bin Abd Ghani ketika dijemput untuk mengadakan sidang media , mempersoal tindakan polis menangkap aktivis Bersih termasuk Adun di Sungai Siput, Perak pagi tadi.
Beliau mahu pihak polis menjelaskan apa kesalahan yang dilakukan mereka sehingga digari dan dibawa ke balai polis Sungai Siput.
"Saya mempersoalkan apakah alasan mereka ditangkap, adakah kerana pakai baju kuning atau baju merah atau sebab edar risalah parti yang mempunyai permit KDN atau bendera Malaysia?" soalnya ketika diminta memberikan respon terhadap penangkapan oleh pihak polis.
Pihak polis membuat penangkapan dan merampas "Banner" dan risalah parti . Kesemua 14 orang termasuk 2 orang ADUN telah dibawa dengan 5 kereta peronda polis ke Balai Polis Sungai Siput untuk disoal siasat.
Penangkapan itu jelas telah melanggar kebebasan rakyat untuk berhimpun sebagaimana yang termaktub dalam Perlembagaan Fasal 10 (1)/b.
PAS Kawasan Sungai Siput diwakili oleh beberapa orang pimpinan kawasan , ADUN-ADUN Pakatan yang lain datang untuk memberi sokongan moral kepada mereka. Kesemua 14 orang yang ditangkap termasuk 2 ADUN telah dibebaskan jam 8.06 minit malam ini. Ramai penyokong Pakatan Rakyat telah berhimpun diperkarangan Surau disebelah tepi Balai Polis Sungai Siput untuk memberikan sokongan moral dan setia menunggu bermula jam 10 pagi hingga 8.30 malam .