PAS CAWANGAN SALAK - DILULUS PENDAFTARAN
SUNGAI SIPUT 23 Mei, 2011- Dua cawangan baru dikawasan Sungai Siput telah diluluskan pendaftarannya oleh Pendaftar Pertubuhan iaitu Cawangan Salak dan Jaya Setia. PAS Cawangan Salak telah mengadakan mesyuarat Agung kali pertama di Bilik Gerakan PAS Salak, terletak tidak jauh dari kawasan Rawat dan Rehat Salak. Kehadiran ahli-ahli pemuda dan muslimat serta ahli-ahli veteran amat menggalakkan. Mesyuarat dirasmikan oleh Timbalan Yang Dipertua PAS Kawasan Sungai Siput saudara Mohd Rosni bin Abu Bakar. Turut hadir Naib Yang Dipertua PAS Kawasan saudara Ahmad Puat Abd Ghani , Setiausaha Kawasan Haji Zakaria Alang Ibrahim, Ketua Urusan Ulama saudara Fadil, Ketua Dewan Pemuda AF Ustaz Isran Fahmi Ismail, Penolong Setiausaha dan beberapa orang pimpinan kawasan yang lain.Turut hadir bagi meraikan majlis perasmian terdiri daripada mantan Yang Dipertua PAS Kawasan AF Ustaz Haji Ishak Klb. Mohd Yusuf dan mantan Ketua Dewan Muslimat Kawasan Sungai Siput Ustazah Meriam bt. Pandak Mohd Daud.Pemilihan bagi jawatan-jawatan yang diperuntukan dalam Perlembagaan berjalan lancar. Saudara Abd Talif bin Sabrol telah dipilih sebagai Ketua Cawangan dan Naib Ketua Cawangan jatuh kepada Saudara Mohd Zaini bin Zakaria. Dalam masa yang sama saudara Suhairi bin Mohamad Hashim telah dipilih sebagai Ketua Jawatankuasa Pemuda dan Puan Rokiah binti Shudin dipilih sebagai Ketua Jawatankuasa Muslimat. Dalam perkembangan lain, Tuan Haji Zakaria Alang Ibrahim selaku Setiausaha PAS Kawasan Sungai Siput ketika dihubungi memaklumkan bahawa terdapat sekurang-kurangnya 4 cawangan baru Insya Allah akan ujud dalam masa terdekat jika sekiranya diluluskan pendaftarannya. Ini menunjukkan satu petanda baik dimana keyakinan rakyat terhadap PAS semakin hari semakin bertambah.