Ahad, 8 Mei 2011

ANAK SULUNG KARTIKA SHUKARNO DIPERCAYAI JATUH SUNGAI PERAK
S
UNGAI SIPUT, 8 Mei — Anak sulung bekas model sambilan Kartika Sari Dewi Shukarno, yang dilapor hilang semalam dipercayai terjatuh ke dalam Sungai Perak.
Ketua Polis Daerah Sungai Siput Supt Azman Salim berkata kehilangan Muhammad Azfar Muhammad Affandi, 9, disedari pada pukul 12 tengah hari semalam oleh keluarganya lalu melaporkan kepada polis.
Gerakan mencari dengan bantuan pasukan bomba, Jabatan Pertahanan Awam, Rela dan penduduk kampung sehingga petang tadi gagal menemui kanak-kanak itu.
Azfar dipercayai terjatuh ke dalam Sungai Perak kerana rumah mereka terletak ditepi tebing sungai perak.
Petang tadi Pimpinan PAS Kawasan dan Unit Amal telah menziarah keluarga Azfar dan mengadakan Solat Hajat dipimpin oleh AF Ustaz Fahmi Ismail selaku Ketua Pemuda PAS Kawasan Sungai Siput.