Sabtu, 23 April 2011




PROGRAM PENGHARGAAN WARGA EMAS: BAYARAN UNTUK 2011BERMULA 23 APRIL, 2011


GEORGE TOWN - Kotakan janji! Sekali lagi, Kerajaan Negeri Pulau Pinang di bawah pemerintahan Pakatan Rakyat (PR) bakal membuat bayaran RM100 kepada setiap warga emas berusia 60 tahun dan ke atas yang berdaftar melalui Program Penghargaan Warga Emas (PPWE) bermula 23 April ini. Ketua Menteri Pulau Pinang, Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng berkata, pembayaran bagi tahun 2011 akan bermula pada 23 April hingga 20 Mei 2011 (secara berperingkat-peringkat) di cawangan-cawangan Maybank terpilih seluruh negeri Pulau Pinang. "Sehingga kini, seramai 114,668 warga emas telah mendaftarkan diri di bawah program ini. "Ini bermakna, pendaftaran kini telah mencapai 86 peratus daripada jumlah keseluruhan warga emas di seluruh negeri ini,'' katanya pada sidang akhbar selepas majlis Penyampaian Cek Bantuan Kepada Sekolah-sekolah Tamil Negeri Pulau Pinang di sini kelmarin. Guan Eng memberitahu, selain wang RM100, Kerajaan Negeri di bawah PPWE turut menyalurkan wang Khairat kematian bernilai RM1,000 kepada waris warga emas yang telah meninggal dunia. "Sejak program ini dilancarkan, sebanyak RM13.6 juta telah dibayar kepada warga emas dan waris yang berdaftar di bawah PPWE,'' jelas beliau. Dalam pada itu, Guan Eng menegaskan bahawa sumber pembayaran PPWE adalah dibiayai sepenuhnya daripada lebihan belanjawan Kerajaan Negeri. "Walaupun sebelum ini ada pihak yang cemburu dan cuba untuk sebotaj pelaksanaan program PPWE dengan mendakwa wang yang disumbangkan adalah dari sumber haram, namun, Kerajaan Negeri masih meneruskan inisiatif ini demi kebaikan rakyat. "Lagipun, sehingga kini, Kerajaan Negeri tidak menerima sebarang pembatalan pendaftar yang telah memperoleh wang ini sebelum ini. Malah, UMNO juga tidak dapat menghantar atau menyerahkan satu nama pun berhubung dakwaan mereka sebelum ini yang menyatakan bahawa terdapat segolongan warga emas ingin mengembalikan wang RM100,'' ujar beliau.