Isnin, 4 April 2011

MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KALI KE-43 PAS KAWASAN SUNGAI SIPUT, PERAK

PAS Kawasan Sungai Siput telah mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan kali ke-43 pada hari Ahad 29 Rabiul Akhir, 1432 bersamaan 03 April, 2011 bertempat di Markaz Tarbiah PAS Kawasan Sungai Siput Utara, Salak Stesen. Mesyuarat dirasmikan oleh AF. Ustaz Haji Mustafa Shaari selaku Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak.

Majlis perasmian juga turut dihadiri oleh Encik Balakrishnan a/l Karippiah dari Ketua Dewan Himpunan Penyokong PAS , Encik Zainal Abdul selaku wakil PKR dan Ahli Parlimen Sungai Siput, YB Dr.D Jeyakumar. Mesyuarat berjalan dalam suasana yang begitu baik dari awal hingga akhir, dimana pemilihan Jawatankuasa baru berjalan lancar .


Ketiga-tiga jawatan utama PAS Kawasan Sungai Siput tidak dipertandingkan pada pemilihan kali ini, dimana Saudara Adam bin Ngah Naim telah dipilih selaku Yang Dipertua , Sdr. Mohd Rosni bin Hamzah telah dipilih sebagai Timbalan Yang Dipertua dan Saudara Ahmad Puad bin Abd. Ghani telah dipilih sebagai Naib Yang Dipertua PAS Kawasan dan Sdr. Mohd Fadhil bin Abdul Rahman telah dipilih sebagai Ketua Urusan Ulama' bagi sesi 2011/2013. Ketua Dewan Pemuda masih kekal disandang oleh AF Ustaz Isran Fahmi bin Ismail, sementara Puan Hajah Ummi Salamah binti Itam Yaakob telah terpilih sebagai Ketua Dewan Muslimat PAs Kawasan Sungai Siput yang baru.


Dalam masa yang sama pemilihan bagi jawatankuasa telah dijalankan secara undi sulit, dimana seramai 16 orang muka-muka lama dan baru telah terpilih menganggotai barisan kepimpinan PAS Kawasan bagi sesi (2011/2013). Dalam ucapan sulungnya YDP Kawasan Sungai Siput yang baru iaitu Sdr. Adam bin Ngah Naim antara lain menyentuh betapa pentingnya semua barisan kepimpinan yang baru dilantik menjalankan tugas dengan bersungguh-sungguh kerana sesi kali ini adalah musim Pilihanraya Umum ke-13.