Isnin, 4 April 2011


PAS Cawangan Kampung Loh, Karai telah selesai mengadakan Mesyuarat Agung kali ke-14 (sesi 2011/2013) pada 05 Mach, 2011 yang baru lalu. Mesyuarat dirasmikan olih AF Ustaz Zulkifli bin Ahmad selaku Yang Dipertua PAS Kawasan Sungai Siput. Mesyuarat kali ini telah berlangsung dalam suasana yang agak panas dimana bolih dikatakan hampir separuh dari Jawatan-Jawatan yang diperuntukan dalam Perlembagaan terdiri dari muka-muka baru. Pucuk pimpinan cawangan juga telah berubah dimana Tuan Haji Mohamad Hashim bin Salim telah dipilih sebagai Ketua Cawangan yang baru menggantikan Tuan Haji Mohd Azally bin Klb. Abdullah yang telah menarik diri dari dicalunkan semula. Saudara Mohd Mustafa bin Othman telah terpilih sebagai Naib Ketua Cawangan, Saudara Saiful Nizam bin Mohd Mustafa telah terpilih sebagai Ketua Jawatankuasa Pemuda dan Puan Hasimah binti Harun telah terpilih sebagai Ketua Jawatankuasa Muslimat yang baru. Kesemua mereka adalah terdiri dari muka-muka baru. Mesyuarat Jawatankuasa pertama telah diadakan pada 26 Mach, 2011 yang baru lalu dimana lantikan bagi jawatan-jawatan Setiausaha, Penolong Setiausaha, Bendahari, Ketua Penerangan dan empat orang Jawatankuasa adalah terdiri dari muka-muka baru. Saudara Mohtar bin Din telah dilantik sebagai Setiausaha Cawangan yang baru dan Saudara Ahmad Sukri bin Kamal Jamil telah dilantik sebagai Penolong Setiausaha yang baru. Berikut adalah senarai pemegang jawatan PAS Cawangan Loh, Karai bagi sesi 2011/2013;

Haji Mohamad Hashim bin Salim - Ketua Cawangan

Mohd Mustafa bin Othman - Naib Ketua

Mohtar bin Din - Setiausaha

Ahmad Sukri bin Kamal Jamil -Penolong Setiausaha

Mokhtar bin Pandak Sin - Bendahari


Tuah bin Spian - Ketua Penerangan

Saiful Nizam bin Mohd Mustafa - Ketua Jawatankuasa Pemuda

Hasimah binti Harun - Ketua Jawatankuasa Muslimat

Mat Termidi bin Osman - Jawatankuasa

Mohd Adris bin Abd Razak - Jawatankuasa

Shahminan bin Hj. Sulaiman -Jawatankuasa

Zulkifli bin Klb. Mohamad -Jawatankuasa

Haji Zambri bin Ngah Ibrahim -Jawatankuasa

Tajul Hasnan bin Mat Jadid -Jawatankuasa

Zulkaple bin Malodin -Jawatankuasa

Haji Mohd Azally bin Klb. Abdullah -Jawatankuasa

Haji Megat Yunus bin Megat Dahalan -Jawatankuasa

Hajah Puteri Rahimi bt. Megat Dahalan -Jawatankuasa

Latifah binti Din -Jawatankuasa