Jumaat, 27 Februari 2009

SEJARAH TEMPATAN - JAMBATAN VICTORIA, KARAI














Pada 21.3.1900, Jambatan Victoria yang menyambungkan Enggor dan Kuala Kangsar telah dibuka dengan rasminya oleh Sir Frank Swettenham iaitu Residen General Negeri-negeri Melayu Bersekutu.
Perasmian jambatan tersebut turut dihadiri oleh Sultan Perak, Sultan Idris Mursyidul Azam Shah dan Raja Perempuan Perak, Residen Perak, J.P. Rodger dan isteri dan orang-orang kenamaan.
Jambatan yang mengambil nama Queen Victoria itu dianggap sebagai jambatan yang terbaik dari segi kejuruteraannya yang terdapat di Timur Jauh pada masa itu. Jurutera yang bertanggungjawab membina jambatan itu ialah G.W. Fryer, Divisional Engineer dan C.R. Hanson. Jambatanitu telah mula dibina pada 1897, ia merupakan perhubungan antara Ipoh dan Taiping melalui Kuala Kangsar. Di samping itu juga ia berperanan penting sebagai penghubung bagi laluan utara ke selatan Semenanjung Tanah Melayu.
Dengan pembukaan rasmi jambatan yang bernilai 325,000 ringgit itu, pada hari ini dalam tahun 1900, ianya telah membawa banyak faedah kepada perkembangan ekonomi dan juga membuka laluan bagi pembangunan lebih pesat dan pertumbuhan bandar-bandar timah di Semenanjung Tanah Melayu.
* Dipetik dari Web Hari Ini Dalam Sejarah http://hids.arkib.gov.my/doc/2004/mac/21_03_1900_2004.htm


100 Tahun lebih, namun masih ampuh, kukuh, teguh.. Lambang kebanggaan teknologi masa itu. Amazing!