Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dijangka mengumumkan pembubaran
Parlimen hari ini bagi membolehkan pilihan raya umum ke-13
dilangsungkan.
Beliau akan berucap secara langsung pada jam 11.30 pagi ini selepas bertemu dengan Yang di-Pertuan Agong sebelumnya.
"Saksikan
Perdana Menteri @NajibRazak berucap secara langsung di TV pada pukul
11.30 pagi ini," menurut pesanan twit pejabat akhbar Pejabat Perdana
Menteri hari ini.
Selepas dibubarkan, Suruhanjaya Pilihan
Raya (SPR) harus menetapkan tarikh pilihan raya akan berlangsung.
Undang-undang menetapkan ia mesti dibuat dalam tempoh 60 hari.