SUNGAI
SIPUT : Negara telah mencapai kemerdekaan melepasi 55 tahun
dibawah pemerintahan kerajaan UMNO/BN, namun dikampung-kampung kemudahan asas masih belum dapat dinikmati oleh
rata-rata rakyat. Kampung Loh adalah sebuah kampung terletak 2 kilometer
dipinggir Pekan Karai dekat sini telah
diabaikan oleh pihak berwajib dari mengecapi arus pembangunan dimana sesudah
matahari terbenam pada waktu malam suasana dikampung pendalaman gelap gelita .
Struktur jalan di
Kampung Loh ada tiga peringkat iaitu jalan besar, jalan tengah dan jalan bawah.
Pembangunan dan kemudahan asas lampu jalan banyak diberi tumpuan kepada jalan
besar sahaja. Lampu berderetan dari jarak yang amat dekat antara satu sama
lain. Taburan rumah dan penduduk ramai disebelah jalan tengah dan jalan bawah (gambar sebelah tiada lampu jalan).
Lampu jalan adalah
menjadi kemudah asas yang amat perlu kepada penduduk dipersekitaran memandangkan
sebilangan besar pelajar-pelajar dan orang
ramai terpaksa melalui jalan bawah dan jalan tengah sebelum sampai
kejalan besar untuk kesekolah dalam keadaan gelap gelita dan amat berbahaya
kepada keselamatan mereka. Malah bagi penduduk dipersekitaran juga terpaksa
mengharungi keadaan yang sama untuk urusan peribadi sebelum sampai ke lokasi
yang dituju.
Sudah 8 orang ketua
kampung bertukar tangan sejak negara mencapai kemerdekaan namun tiada sebarang
tindakan diambil. Ketua Kampung Loh Hasanal Basri bin Manas ketika dihubungi
memberikan jawapan yang amat negetif . Pada masa yang sama sebuah lampu jalan
telah dipasang dihadapan rumah saudara beliau walaupun sebuah rumah sahaja
berada disitu(gambar bawah). Selain dari itu, lampu jalan juga dipasang dilaluan kerumah
beliau dan jiran terdekat (gambar atas).
Slogan yang
dilaung-laungkan oleh pihak kerajaan “rakyat didahulukan pencapaian diutamakan”
hanya omong-omong kosong . Apa yang berlaku ialah “kroni diutamakan, rakyat
diketepikan”. Tiga belas (13) lokasi yang memerlukan lampu jalan telah
dikenalpasti.
Dalam perkembangan
yang sama, penduduk dikawasan terlibat telah mengemukan permohonan kepada
Pegawai Daerah Kuala Kangsar pada 26 Ogos, 2010 dan diakui terima pada 28
Oktober, 2010, hingga kehari ini tidak menerima sebarang jawapan dan tindakan.
Admin