Dalam perkembangan lain, walau pun sibuk dengan program dihujung minggu, tengahari tadi Yop Lan berkesempatan menerima undangan kenduri Mohd Mohaideen @ Abd Majid bin Shariff Kampung Loh dekat sini.
Pada sebelah petang selepas solat asar beliau mendapat berita kematian Allahyarhamah Bibah bt. Hj. Derani 86 di Kampung Talang Trosor dan terus menziarahi keluarga beliau. Jenazah Allahyarhamah dikebumikan ditanah perkuburan Kampung Trosor petang tadi.