Ijtima' dirasmikan oleh AF Ustaz Jamaluddin Ahmad selaku Yang Dipertua PAS Kawasan
Padang Rengas. Intipati ucapan beliau antara lain menyeru agar setiap anggota misti mempunyai semangat juang yang tinggi dan melakukan anjakan paradigma dalam melaksanakan kerja. Semua petugas-petugas pilihanraya, ahli dan penyokong Pakatan Rakyat perlu bekerja keras bagi memastikan kemenangan di DUN Lintang khasnya dalam pilihanraya menjelang tiba. Tindakan melambat-lambatkan pengumuman tarikh pembubaran parlimen oleh Perdana Menteri sebenarnya memberi kelebihan kepada kita untuk terus bekerja.
Dalam perkembangan yang sama, Ir. Hj. Ahmad Mazlan Othman calun Pakatan Rakyat DUN Lintang dalam ucapannya mahukan semua peserta dan petugas-petugas disetiap portfolio pilihanraya mengadaptasikan apa yang dipelajari dalam program yang akan dianjurkan pada 06 dan 07 April, 2013 ini iaitu "Kembara bermotosikal anak-anak muda ke Kuala Mu". Semua ketua-ketua portfolio berkenaan terlibat dengan jawatankuasa induk program yang dianjurkan nanti. Dengan cara ini kita dapat melatih semua anggota portfolio masing-masing menjalankan tugas dengan berkesan. Selain itu, beliau turut mengumumkan pembentukan "TEAM YOP LAN" dan "SUKARELAWAN PILIHANRAYA". Semua ahli dan penyokong adalah dipelawa menyertai pasukan yang ditubuhkan. Keterangan lanjut boleh hubungi talian 010-8420052 (Yop Lan) atau 019-4288641(Mohtar).