Jumaat, 31 Mei 2013
Sabtu, 25 Mei 2013
Isnin, 20 Mei 2013
BETULKAH DAP DAN PAS BERGADUH MAHUKAN 4 JAWATAN EXCO DI SELANGOR
Maka
riuhlah media arus perdana milik BN yang ingin sangat memberikan gambaran
bahawa DAP dan PAS sedang bergaduh bagi merebut kerusi exco di Selangor.
Dikatakan DAP inginkan empat kerusi exco dan begitu juga PAS! Hakikat
sebenarnya, tiada siapa yang sedang berebut apatah lagi sedang bergaduh. Begitu
juga isunya tempoh hari berhubung jawatan MB. Cuma ‘rebut’ rekaan mereka
sahaja.
Masalah
sebenar
Sebenarnya
masalahnya terletak pada jumlah kerusi exco yang ada hanya 10. Sedangkan
parti-parti dalam PR ada 3. Jumlah kerusi yang dimiliki setiap parti pula lebih
kurang sama, berbeza dengan tahun 2008. Pada tahun 2008, apabila PAS hanya
memengangi 8 kerusi, DAP 13 dan PKR 15 (pada asal), maka agihan kerusi exco
lebih mudah. Jelas siapa patut mendapat lebih dan siapa kurang. Maka
dipersetujui pada 2008 PKR mendapat jawatan MB dan 4 exco dan DAP pula 3 exco
dan jawatan Speaker. PAS yang mendapat 8 kerusi DUN diberikan 3 kerusi exco,
iaitu jumlah yang sebenarnya melebihi nisbah kerusi yang ada pada PAS pada
ketika itu. Maka isu agihan diselesaikan tanpa perbincangan panjang.
Kali
ini, suasananya agak berbeza. Ketiga-tiga parti mendapat jumlah kerusi yang
boleh dikatakan sama. Maka timbul persoalan bagaimana dibahagikan 10
kerusi di antara 3 parti? Mustahil untuk setiap parti memegang 3.333
kerusi exco! Oleh itu pecahannya semestinya 3, 3 dan 4. Oleh itu dipersetujui
bahawa parti yang mendapat MB akan mendapat hanya 3 kerusi exco. Begitu juga
yang mendapat jawatan Speaker. Parti yang tidak memegang jawatan MB atau
Speaker sahaja akan mendapat 4 kerusi exco.
Jawatan
MB dan Speaker dibawa masuk dalam perkiraan ini untuk menjadikan jumlahnya
keseluruhannya 12 supaya dapat dibahagi 3 dengan tepat. Maka setiap parti dapat
4, termasuk jawatan MB dan Speaker.
Speaker
dari DAP atau PAS?
Oleh
kerana PKR mendapat jawatan MB, maka PKR mendapat 3 kerusi exco. Maka agihan
untuk PKR selesai. Yang tinggal hanyalah PAS dan DAP. Maka dinyatakan oleh DAP
bahawa mereka telah memegang jawatan Speaker sudah 5 tahun. Maka kalau boleh
DAP minta PAS pula memegang jawatan Speaker untuk penggal ini.
Bagi
pimpinan PAS permintaan ini tidak merupakan masalah besar. Kita faham bahawa
semua exco perlu laksanakan dasar PR dan bukan dasar parti masing-masing. Ini
adalah kerana yang memerintah adalah kerajaan PR dan bukannya kerajaan parti
masing-masing. Maka siapa sekalipun menjadi exco, dia akan terikat dengan dasar
yang ditetapkan oleh PR secara bersama. Oleh itu tawaran supaya PAS pegang
jawatan Speaker dan 3 exco tidak ditolak mentah-mentah.
Jawatan
Speaker ada yang anggap tidak penting. Sekiranya benar, mengapa di Perak BN
bersusah-payah membawa polis masuk ke dalam DUN dan heret Speaker dan
menguncinya di dalam bilik stor? Ini bukti bahawa kerusi Speaker begitu penting
untuk menguasai DUN.
Sikap
PJ PAS Selangor: Dr Rani
Saya
merasa cukup senang dan selesa dengan sikap PJ PAS Negeri Selangor dalam soal
sebegini. Beliau faham bahawa bukan jawatan yang ingin direbut.
Dan bagi PAS, yang penting adalah untuk memikat hati rakyat, bukan ingin tunjuk
betapa gahnya PAS dengan bilangan kerusi exco atau sebaliknya. Maka mencari
penyelesaian yang adil sambil mengambil kira suasana dan keadaan adalah yang
diutamakan. Ini adalah kerana apa yang diinginkan ialah kerajaan dibentuk
dengan kadar segera supaya boleh mula berkhidmat pada rakyat. Bukan bergaduh
mengenai jawatan.
Dalam
pada itu, tidak dapat tidak perbandingan dibuat dengan PJ Negeri yang lama.
Jauh sangat bezanya dengan sikap PJ lama, berkata seorang hamba Allah. Kalau PJ
lama sudah hampir pasti kita berperang! 8 kerusi pun mahu jadi MB, apatah lagi
dengan 15 kerusi!
Maka
dijawab kepada DAP bahawa PAS boleh merima tawaran tersebut, di atas semangat
setia-kawan dan mengenangkan betapa DAP menyokong cadangan PAS diberi 3 kerusi
exco pada tahun 2008 walaupun PAS hanya berhak untuk mendapat 2 berdasarkan
jumlah kerusi ADUN yang dimengangi ketika itu. Tetapi telah pun dijelaskan
bahawa akhirnya ianya akan tertakluk juga kepada pandangan DYMM Sultan
Selangor.
Pandangan
DYMM Sultan Selangor
MB
akan mengadap Sultan dan membawa cadangan pembentukan exco seramai 10 orang.
Pada masa yang sama, kami difahamkan bahawa DYMM Sultan ingin melihat exco
terdiri dari 6 Melayu dan 4 bukan-Melayu. Ini berbeza dengan 2008 di mana exco
terdiri dari 5 Melayu dan 5 bukan-Melayu. Perbezaan ini adalah hasil dari
jumlah kerusi majoriti Melayu yang memihak pada PR telah bertambah. Dahulu UMNO
18 kerusi, sekarang hanya 12. PAS sendiri pun sudah ada 15, mengatasi UMNO, ini
belum di ambil kira lagi kerusi yang ada pada PKR.
Sekiranya
permintaan DYMM Sultan adalah 6 Melayu dan 4 bukan-Melayu, maka agak sukar
untuk diberikan 4 kerusi exco kepada DAP. Ini kerana, kalau diberikan 4 kerusi
exco pada DAP, maka semua exco bukan Melayu adalah dari DAP dan ini akan
menyulitkan PKR. PKR terpaksa melantik semua exco Melayu dan ini akan menjadi
masalah bagi PKR kerana mereka juga mempunyai ahli dan penyokong bukan-Melayu
yang ramai. Dan sepertimana yang kita semua sedia maklum, beberapa ADUN PKR
adalah bukan-Melayu. Dalam keadaan seperti itu, maka DAP perlu menerima tawaran
jawatan Speaker dan 3 exco supaya 1 exco bukan-Melayu boleh dilantik oleh PKR.
Dalam
erti-kata lain, DAP hanya boleh mendapat 4 kerusi exco sekiranya terdapat 5
exco bukan-Melayu. Dalam keadaan itu PKR masih boleh melantik seorang exco
bukan-Melayu dari PKR. Sekiranya bukan-Melayu hanya 4 orang dalam exco, maka
DAP perlulah merima 3 exco dan Speaker supaya 1 exco bukan Melayu tetap dapat
dilantik dari PKR.
Maka
dipersetujui bersama bahawa MB akan berusaha untuk mendapat persetujuan DYMM
Sultan supaya dikekalkan jumlah exco bukan-Melayu sebagai 5 dan
exco Melayu juga 5 supaya DAP boleh mendapat 4 kerusi exco. Walau bagaimanapun,
sekiranya DYMM Sultan tetap dengan pendiriannya, maka MB wajar menerimanya dan
akur dengan kehendak DYMM Sultan. Sekiranya ini berlaku, maka DAP akan diminta
menerima tawaran Speaker dan 3 exco sambil tawaran 4 exco akan diserah kepada
PAS.
Kesimpulan
Ini
merupakan pertimbangan yang dilakukan dalam suasana persahabatan dan kerjasama
yang baik dan mantap sepertimana yang telah terjalin sejak sekian lama. Semua
memahami bahawa perjuangan ini bukan untuk jawatan tetapi untuk membentuk
kerajaan yang adil, telus dan berkebajikan untuk rakyat negeri Selangor secara
khususnya. Isu jumlah kerusi exco tidak dijadikan sebab berbalah. Hanya media
BN sahaja yang mereka cerita bagi cuba menutup kepincangan yang berlaku pada
PRU13.
WaLlahu
'Alam
KHALID
SAMAD
Rabu, 8 Mei 2013
PAS SUNGAI SIPUT TETAP BERSAMA RAKYAT WALAUPUN TEWAS PRU-13
SUNGAI
SIPUT : PAS Kawasan Sungai Siput akan terus bersama-sama rakyat di kawasan itu
dalam membawa isu-isu kebajikan mereka walaupun tewas pada Pilihan Raya Umum
Ke-13 (PRU13) minggu lalu.
Calon PAS mewakili Pakatan Rakyat di Dewan Undangan Negeri Lintang, Ir. Hj. Ahmad Mazlan Othman (Yop Lan) berkata, dengan undi sebanyak 7,467 beliau yakin rakyat masih bersama parti itu.
"PAS Kawasan Sungai Siput akan tetap menjadi suara kedua, "check and balance" terhadap apa sahaja yang melibatkan penduduk di Dewan Undangan Negeri Lintang," kata beliau ketika dihubungi hari ini.
Tanpa menganggap ia satu kekalahan, Ir. Hj. Ahmad Mazlan Othman (Yop Lan) menambah, itu adalah merupakan sebahagian dari tanggungjawab yang perlu diteruskan. Pada masa yang sama Yop Lan mengambil kesempatan ini mengucapkan terima kasih kepada pengundi-pengundi dan semua pihak atas do’a dan sumbangan dalam berbagai-bagai bentuk . Ganjaran ALLAH SWT adalah pasti dan Allah putuskan yang terbaik untuk hambaNya. Yop Lan memohon maaf atas sebarang kesilapan dan kelemahan.

YOP LAN MEMOHON MAAF ATAS SEBARANG KESILAPAN & KELEMAHAN
Assalamu'alaikum
& salam sejahtera kepada semua yang terlibat secara langsung dan
tidak langsung dalam pilihanraya Umum ke-13 yang baru berlalu. Yop Lan
mengucapkan jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua
pengundi atas do'a dan sumbangan dalam berbagai-bagai bentuk. Ganjaran
ALLAH SWT adalah pasti dan Allah putuskan yang terbaik untuk hambaNYA.
Yop Lan memohon maaf atas sebarang kesilapan & kelemahan.
Sabtu, 4 Mei 2013
SELAMAT PULANG ANAK PERANTAU
SELAMAT PULANG ANAK PERANTAU KEKAMPUNG
HALAMAN, KETIBAAN ANDA DINANTIKAN DENGAN IRINGAN DO'A SEMOGA SENANTIASA
DALAM PERLINDUNGAN ALLAH JUA HENDAKNYA.KAMI PASTI ANDA TELAH MEMBUAT
KEPUTUSAN YANG TERBAIK UNTUK PERUBAHAN MASA HADAPAN. INSYAALLAH ANDA AKAN
MEMBERI SOKONGAN KEPADA CALUN KITA YOP LAN DUN LINTANG (PAS) & DR.
JEYAKUMAR (PKR) PARLIMEN SG. SIPUT. TERIMA KASIH KERANA ANDA MEMBERI
SATU UNDI KEPADA PR DIWAKILI PAS & PKR.
Rabu, 1 Mei 2013
KONVOI ANAK-ANAK MUDA MENGIRINGI DATO' SERI NIZAR
SUNGAI SIPUT : Lawatan Dato' Seri Ir. Nizar Jamaluddin ke DUN Lintang Sungai Siput disambut oleh calun Pakatan Rakyat DUN Lintang Ir. Hj. Ahmad Mazlan Othman dan Dr. Jeyakumar diiringi konvoi sejumlah 143 buah motosikal dan 57 buah kereta dari persimpangan Hospital Sungai Siput ke FELDA Lasah diraikan dalam satu majlis santai minum petang bersama pemimpin.
Walaupun hujan lebat disekitar jam 3.00 petang, namun anak-anak muda masih setia
menunggu ketibaan Dato' Seri Nizar Jamaluddin.Sokongan anak-anak muda kepada Yop Lan, calun Pakatan Rakyat DUN Lintang melonjak ketahap tertinggi hari demi hari .

Ahad, 28 April 2013
GRAND KONVOI ANAK-ANAK MUDA PAS DUN LINTANG
SUNGAI SIPUT : Pemuda PAS Kawasan Sungai Siput menganjurkan "Grand Konvoi" dari MTD Lintang Kampung Temin merentasi Kg. Maamor/FELDA Lasah/Lintang/Lasah dan Perlop pada petang tadi bermula jam 5.45 petang dan berakhir pada jam 7.00 petang. Sejumlah 122 buah motosikal dan 42 buah kereta mengambil bahagian. (Gambar bawah, sebahagian dari peserta Kg. Loh/Karai sedang bersedia untuk berlepas ke Markaz Induk MTD Lintang, di Kampung Temin.)
Selepas Solat Maghrib para peserta akan bermunajat dan dikuti jamuan santai ayam bakar (BBQ) di perkarangan hadapan Markaz Induk MTD Lintang di Kampung Temin dekat sini.Petang tadi semua peserta disambut oleh calun PR DUN Lintang Ir. Hj Ahmad Mazlan Othman (Yop Lan).
Sokongan padu anak-anak muda, golongan pertengahan dan veteran kepada Yop Lan melonjak ketahap tertinggi . Ini satu petanda awal DUN Lintang InsyaAllah akan menjadi milik PAS dalam pilihanraya ke-13 yang akan menjelang tiba tinggal berbaki cuma 6 hari lagi.
Pada perkembangan lain, majlis yang dianjurkan BN kurang mendapat sambutan dan terpaksa membawa anak-anak muda dari luar kawasan bagi memenuhi kerusi yang masih kosong .
Rabu, 24 April 2013
SOKONGAN PADU ANAK-ANAK MUDA KEPADA YOP LAN MELONJAK KETAHAP TERTINGGI
Difahamkan, tujuan utama konvoi berkenaan ialah untuk menyampaikan mesej sokongan padu golongan muda kepada Yop Lan bagi menghadapi pilihanraya umum ke-13. Dalam ucapan ringkas, Yop Lan mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua peserta yang mengikuti konvoi berkenaan dan sokongan padu mereka kepada beliau.
Pada masa yang sama, sukarelawan pilihanraya "Team Yop Lan" terus mendaftarkan diri sebagai petugas mengikut kemahiran dan kebolehan masing-masing.
Isnin, 22 April 2013
YOP LAN SERAH MEMORANDUM KEPADA SPR
SUNGAI SIPUT : Calun Pakatan Dewan Undangan Negeri N21 Lintang Ir. Haji Ahmad Mazlan Othman (Yop Lan) diiringi Haji Zakaria Alang Ibrahim sebagai Wakil Calun menyerahkan memorandum kepada pihak Suruhanjaya Pilihanraya di Pejabat Daerah Sungai Siput jam 10 pagi ini berikutan penggunaan secara berleluasa premis awam seperti Dewan Orang Ramai oleh pihak UMNO/BN sebagai Bilik Gerakan Jentera Pilihanraya mereka.
Sejumlah 8 Dewan Orang Ramai dalam DUN
Lintang telah dikenalpasti digunakan oleh pihak UMNO/BN, walaupun ianya menyalahi peraturan. Penggunaan premis awam seperti Dewan Orang Ramai memang sudah menjadi tradisi UMNO/BN sejak dahulu lagi tanpa sebarang sekatan. Mereka seolah-olah menjadikan premis berkenaan sebagai hak milik mereka, sepatutnya boleh digunakan oleh masyarakat setempat sebagai alternatif pelbagai urusan.
UMNO/BN harus sedar bahawa Dewan Orang Ramai adalah untuk kemudahan rakyat
bukannya untuk kemudahan kelompok tertentu sahaja tanpa memikirkan keperluan dan kemudahan awam.Amalan sebegini hendaklah dihentikan serta merta bagi mengelakkan tanggapan nagetif rakyat jelata terhadap UMNO/BN.

Sabtu, 20 April 2013
PERTANDINGAN SATU LAWAN SATU DI DUN LINTANG
SUNGAI SIPUT : Ir. Haji Ahmad Mazlan Othman (Yop Lan) dari PAS disahkan bertanding mewakili Pakatan Rakyat bagi kerusi Dewan Undangan Negeri Lintang (N21) pada pilihan raya umum 5
Mei ini menghadapi pertandingan satu lawan satu ditentang Datuk Zolkafly Haji Haron mewakili Barisan Nasional (BN).
Ir. Haji Ahmad Mazlan Othman (Yop Lan) seorang Jurutera Perunding Profesional adalah merupakan calun yang berwibawa, berkelulusan tinggi dan berpengalaman luas dalam berbagai-bagai bidang termasuk pengurusan dan pentadbiran. Pemilihan beliau sebagai calun mendapat sokongan padu dari parti-parti komponen Pakatan Rakyat.
Bagi kerusi Dewan Rakyat (Parlimen)), Pakatan Rakyat diwakili oleh Dr. Jeyakumar atas tiket PKR disahkan sebagai calun Parlimen Sungai Siput mempertahankan kerusi yang dimenangi beliau pada pilihanraya 2008 menewaskan Datuk Seri Samy Velu dari Barisan Nasional (BN) menghadapi pertandingan tiga penjuru antara Barisan Nasional diwakili Datuk K. Devamany dan calun Bebas S.P. Nagalingam dari Parti Kita.
Dewan Undangan Negeri Jalong juga bakal menyaksikan persaingan sengit tiga penjuru diantara calun Barisan Nasional Liew Yew Aw, calun DAP Loh Sze Yee dan S. Kalimuthu bertanding atas calun bebas menggunakan lambang "bunga raya".
Dalam pada itu, Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) bertindak menolak pencalonan calon Bebas S.P Nagalingam bagi kerusi Dewan Undangan Negeri Lintang (DUN) kerana pencadang beliau P.Muniandy bukan pengundi di kawasan terbabit.

Khamis, 11 April 2013
SUMBANGAN DANA PILIHANRAYA UMUM KE-13
SUNGAI SIPUT :Kita sedia maklum, tugas yang kita laksanakan dalam
setiap gerak kerja kita untuk perjuangan menegakkan syariat Islam di dalam
negara ini adalah JIHAD. Setiap sumbangan kita dalam bentuk apa sekalipun
adalah merupakan JIHAD kita kepada jalan ALLAH .
Pada kesempatan yang berharga ini, tahniah
diucapkan kepada Ir. Hj. Ahmad Mazlan Othman (Yop Lan) yang telah dipilih
menjadi calun Pakatan Rakyat DUN Lintang
di dalam Pilihanraya Umum Ke-13 ini.
Kejayaan ini merupakan suatu rahmat Allah yang
menuntut pengorbanan yang lebih besar dari semua ahli/penyokong dan orang
persaorangan yang bersimpati agar manifestasi mendaulatkan syariat Allah
menjadi kenyataan .
Kewangan merupakan antara beberapa faktor penggerak
utama bagi menghadapi Pilihanraya Umum ke-13 yang amat mencabar.
Sehubungan ini, difahamkan Yop Lan memerlukan do’a,
undi dan sumbangan anda dalam berbagai-bagai bentuk antara lain, wang tunai,
tenaga kerja, kereta, pacuan empat roda (4x4), radio amatur, walkie talkie,T-shirt,
makanan, bendera dan lain-lain yang anda ada untuk memenangan PAS (PR) di DUN
Lintang. Sumbangan kewangan bolehlah dikreditkan terus kedalam akaun CIMB
Ahmad Mazlan nombor : 14520000028107. Sumbangan-sumbangan lain bolehlah
hubungi talian 019-3357111 / 010-8420052 /E-mail: yoplanlintang@gmail.com.
Layari yoplan.blogspot.com / temanloh.blogspot.com
/ face book: yop lan /paslohkarai. Mohon sebarkan kepada rakan-rakan &
kenalan. Terima kasih atas sokongan dan bantuan anda.
Selasa, 9 April 2013
PENGUMUMAN SEBAHAGIAN CALUN-CALUN DUN DAN PARLIMEN NEGERI PERAK
SITIAWAN : Ustaz Abu Bakar Hussin selaku Pesuruhjaya PAS
Perak malam tadi mengumumkan Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak Dato’ Seri Mohammad
Nizar Jamaluddin akan bertanding di DUN Changkat Jering yang mana sebelum ini
ditandingi PKR.
Manakala, calon wanita Rohawati Abidin yang merupakan
Ketua Dewan Muslimat PAS Lumut diumumkan akan menggantikan Nizar di Dun Pasir
Panjang dan Ahli Jawatankuasa PAS
Beliau turut mengumumkan beberapa calon yang akan
bertanding pada PRU13 antara lain, DUN Kubu Gajah pula akan ditandingi
kembali oleh Ketua Dewan Pemuda PAS Larut, Nazri Din. Kerusi DUN Lintang adalah
kerusi tradisi PAS sebelum ini disahkan akan ditandingi Ir. Haji Ahmad Mazlan Othman yang
mana pada pilihanraya 2008 ditandingi PKR.Pengumuman rasmi akan dibuat pada 18 April, 2013.
PAS Perak mengesahkan malam tadi bahawa parti itu akan bertanding di 22 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan tujuh kerusi Parlimen di negeri itu pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13). Kesemua mereka dipilih atas faktor integriti, amanah, setia dan telus, katanya.
Langgan:
Catatan (Atom)